Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengarah SCDF bebas tuduhan gelapkan iPad

Oct 21, 2016 | 08:22 AM



SEORANG bekas pegawai kanan pemerintah, yang dihukum penjara 10 minggu tahun lalu kerana menggelapkan dua iPad, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis (20 Okt) selepas rayuan beliau berjaya.



Encik Jeganathan Ramasamy, 65 tahun, pengarah teknologi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menerima dua iPad daripada vendor teknologi maklumat NCS pada 2011.



Beliau memberi satu kepada anak perempuannya dan menjual satu lagi kepada pengarah kanan perkhidmatan kecemasan SCDF ketika itu pada harga $200.



Setiap iPAD itu berharga $939.



Pihak pendakwaan, yang mengenakan dua tuduhan pecah amanah terhadap Encik Ramasamy, menegaskan kedua-dua peranti itu ialah pinjaman untuk digunakan bagi menguji aplikasi mudah alih yang NCS bangunkan untuk SCDF.



Tetapi Encik Ramasamy yang meninggalkan SCDF pada 2012, berhujah ia belian peribadi yang beliau belum bayar.



Dalam rayuannya, peguam Encik Ramasamy, Encik Sanjiv Rajan, berhujah anak guamnya salah tanggap bahawa seorang pekerja NCS, yang layak mendapat diskaun kakitangan bagi peranti itu, bersetuju membantu beliau membeli iPad itu bagi kegunaan peribadinya.



Semasa membebaskan Encik Ramasamy, Pesuruhjaya Kehakiman See Kee Oon mendapati "ketidaktekalan dan jurang" dalam hujah kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan, yang menunjukkan "seluruh kebenaran perkara itu terletak di antara dua hujah itu".



JC See berkata walaupun beliau "tidak yakin sepenuhnya perayu jujur sepenuhnya", yang penting ialah "keraguan yang mencukupi" telah dibangkitkan dalam hujah pendakwaan.



Beliau berkata Encik Ramasamy berulang kali memberitahu eksekutif NCS beliau akan bayar bagi iPad itu dan membuat pertanyaan tentang harganya.



"Sekiranya kedua-dua iPad2 itu disediakan bagi tujuan rasmi untuk SCDF... tidak akan ada sebab beliau mengambil berat tentang isu pembayaran," ujar katanya.



JC See berkata NCS tidak memuatkan sembarang aplikasi ke dalam iPad itu, bercanggah dengan hujah pendakwaan bahawa peranti tersebut ialah bagi kegunaan ujian. Beliau berkata tidak masuk akal untuk Encik Ramasamy menjual satu iPad kepada pegawai kanan dalam pertubuhan yang sama jika beliau berasa ia milik SCDF.



JC See menangani satu bukti utama yang digunakan untuk mensabitkan Encik Ramasamy - satu siri mesej teks antara beliau dan pengurus besar kumpulan NCS, Encik Wong Soon Nam.



Dalam teks yang dihantar selepas beliau menerima peranti itu, Encik Ramasamy memberitahu Encik Wong supaya "beritahu saya jumlah yang perlu saya bayar". Encik Wong menjawab "iPad2 itu bagi semua aplikasi mudah alih baru yang kami akan perkenalkan untuk SCDF dan untuk awak cuba".



JC See berkata beliau tidak fikir ini menunjukkan dengan meyakinkan kesalahan Encik Ramasamy. Beliau mengambil perhatian Encik Wong menelefon Encik Ramasamy, yang memberi keterangan bahawa Encik Wong memberitahu beliau semasa panggilan itu supaya cuba iPad itu dahulu dan bincangkan harga kemudian.



Encik Wong pada mulanya memberi keterangan panggilan telefon itu tidak berlaku, tetapi ditunjukkan rekod panggilan tersebut, berkata beliau tidak ingat isi perbualannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >