Bekas pengarah syarikat latihan dituduh tipu 29 mangsa, libat $3j
Muhamad Aidith Abdul Latiff didakwa menipu setiap mangsa supaya menyerahkan jumlah antara $ 1,000 hingga lebih daripada $1.5 juta dalam skim pelaburan yang janji pulangan 97 peratus
Aug 23, 2019 | 05:30 AM
SEORANG bekas pengarah sebuah syarikat latihan korporat dihadapkan ke mahkamah semalam atas dakwaan menipu 29 orang lebih daripada $3 juta.
Muhamad Aidith Abdul Latiff, 44, yang pernah bersama Akademi CAL, dikatakan telah menipu setiap mangsa supaya menyerahkan jumlah antara $ 1,000 hingga lebih daripada $1.5 juta dalam skim yang menjanjikan pelabur pulangan 97 peratus ke atas pelaburan mereka lapor The Straits Times.