Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Bekas pengarah tajaka, 2 pekerja didakwa buat tuntutan subsidi palsu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekas pengarah tajaka, 2 pekerja didakwa buat tuntutan subsidi palsu

Mar 17, 2021 | 05:32 PM

PENGARAH rangkaian pusat jagaan kanak-kanak yang kini sudah tidak wujud dan dua pekerjanya didakwa pada Rabu (17 Mac) dengan tuduhan menipu Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) sebanyak $5,000 melibatkan subsidi penjagaan kanak-kanak.

Josephine Tan Poh Choo, 53 tahun, serta bekas pekerjanya Arulanandam Rajeswary, 53 tahun, dan Fatimah Bivee Mohd Shariff, 42 tahun, masing-masing menghadapi tuduhan menipu.

Tan dan Rajeswary masing-masing menghadapi lapan tuduhan, sementara Fatimah Bivee menghadapi empat.

Ketiga-tiga mereka yang pernah bekerjasama di Faith Educare Center dituduh bersekongkol untuk menipu ECDA agar memberi geran subsidi untuk kanak-kanak yang tidak menghadiri pusat tersebut, dalam tempoh sebelum Januari 2016.

Tan dan Rajeswary dituduh bersekongkol untuk mengesahkan secara palsu kehadiran lapan kanak-kanak, sementara Fatimah Bivee didakwa terlibat dalam empat tuntutan itu.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3