Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengendali bagasi dipenjara 20 hari dek tukar tag bagasi

Nov 11, 2019 | 02:59 PM



LEBIH 200 bagasi kepunyaan penumpang Singapore Airlines (SIA) dan SilkAir tiba di lokasi yang salah setelah pengendali bagasi lapangan terbang menukar tag kerana dia kurang puas hati dengan tugasnya.



Hari ini (11 November), Tay Boon Keh, 66 tahun, dijatuhkan hukuman 20 hari dalam penjara akibat tabiat buruk. Di bawah Kanun Keseksaan, ia merupakan satu kesalahan untuk menyebabkan kehilangan atau kerosakan barangan milik orang lain.



Dipercayai bahawa ini kes pertama sebegini. Tay mengaku bersalah pada oktober tahun lalu atas 20 tuduhan tabiat buruk. Lagi 266 tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman diadakan.



Kelakuan Tay yang menukar sebanyak 286 tag bagasi menyebabkan syarikat itu membayar pampasan lebih $42,000 kepada 221 penumpang terjejas.



Pada waktu kejadian antara November 2016 dan Febuari 2017, Tay bekerja untuk pembekal peralatan industri Lian Cheng Contracting, subkontraktor Changi Airport Group (CAG). Dia tidak lagi bekerja di lapangan terbang.



Difahamkan dia mengalami gangguan kemurungan pada waktu itu. Perbicaraan Newton diadakan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara kesalahan yang dilakukan dan keadaannya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >