Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pengerusi Accenture Singapore, Teo Lay Lim, dilantik CEO SPH mulai 1 Mac

Feb 07, 2022 | 11:00 AM



SPH Media Group, yang menerbitkan Berita Harian dan akhbar-akhbar lain seperti The Straits Times, Tamil Murasu dan Lianhe Zaobao, akan dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif Baru (CEO) mulai bulan depan.



Cik Teo Lay Lim, yang sehingga 31 Ogos lalu menyandang jawatan pengerusi Accenture Singapore, akan mengambil alih jawatan CEO daripada Encik Patrick Daniel, mulai 1 Mac 2022. 



Encik Daniel, yang keluar dari persaraan untuk menyandang jawatan sebagai CEO sementara sejak 2021, akan mengundur diri.



Cik Teo berkata:



“Saya amat berasa terhormat kerana diberi peluang untuk memimpin SPH Media Group sebagai CEO semasa tempoh yang menarik ini. Sedang kita berusaha untuk menyaingi landskap media yang amat dinamik ini, saya akan bekerjasama rapat dengan rakan kerja saya dalam perjalanan untuk berubah ini, untuk mencipta produk yang diyakini bagi pengguna yang sentiasa terhubung.”



Dalam kenyataannya, SPH Media Trust (SMT), yang mengendalikan SPH Media Group, berkata Cik Teo telah mendukung beberapa jawatan kepimpinan semasa berkhidmat tiga dekad di Accenture. 



“Beliau adalah pemimpin perniagaan yang berpengalaman dan mempunyai rekod baik membangun perniagaan dari mula,” kata kenyataan itu.



Pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan, berkata Cik Teo serba berpengalaman dalam hal pertumbuhan komersial dan mempunyai kecenderungan membangun dan mengubah pekerja dan pertubuhan bagi jangka panjang.



Beliau turut meluahkan kata penghargaan bagi Encik Daniel.



“Beliau telah memimpin penstrukturan semula perniagaan media SPH di bawah struktur ekonomi  tidak mengambil untung dan membolehkan bilik berita merancang perubahan digital yang lebih berani,” ujar Encik Khaw.



 



Laporan lain:



CEO baru SPH Media Trust diumum seminggu dua ini 



Patrick Daniel CEO sementara SPH Media Trust



SPH Media Trust dilancar dengan misi jadi pertubuhan berbilang media diyakini



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >