Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Bekas pengerusi eksekutif masjid didakwa atas tuduhan rasuah

Sep 23, 2022 | 11:20 AM





SEORANG bekas pengerusi eksekutif masjid dan seorang kontraktor syarikat kejuruteraan telah didakwa di mahkamah hari ini (23 September) atas dakwaan rasuah.



Abdul Rahim Mawasi, 55 tahun yang merupakan bekas pengerusi eksekutif Masjid Darul Aman dan Masjid Sallim Mattar didakwa menerima rasuah dalam bentuk saham bagi firma Amal Travel & Tour Pte Ltd daripada Mohd Mustaqim Kam @ Kam Hock Beng, 64 tahun yang juga pengarah Zeal-Con Engineering Pte Ltd pada 2019.



Menurut satu kenyataan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) hari ini, Rahim didakwa menerima rasuah itu sebagai hadiah bagi nasihat yang diberinya kepada Mustaqim berkaitan harga kuota Zeal-Con kepada Masjid Darul Aman dan Masjid Sallim Mattar bagi kerja-kerja yang dijalankan di kededua masjid tersebut.



Rahim dan Mustaqim akan dikenakan satu tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah setiap seorang.



Satu pemeriksaan dalam talian menunjukkan Rahim pernah menerima Pingat Bakti Masyarakat pada 2015.



“Singapura mengamalkan pendekatan toleransi sifar yang ketat terhadap rasuah.



“Sesiapa yang didakwa atas tuduhan rasuah di bawah Akta Pencegarah Rasuah 1960 boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kededuanya sekali,” kata CPIB dalam kenyataan itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >