Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengerusi masjid didakwa terima rasuah

Abdul Rahim Mawasi dan Mohd Mustaqim Kam hadapi satu tuduhan setiap seorang
Sep 24, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bekas pengerusi eksekutif masjid, Abdul Rahim Mawasi dan seorang ahli perniagaan, Mohd Mustaqim Kam @ Kam Hock Beng, telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, semalam.



Abdul Rahim, 55 tahun, dan Mohd Mustaqim, 64 tahun, masing-masing hadapi satu pertuduhan.



Abdul Rahim, yang ketika itu memimpin Masjid Darul Aman dan Masjid Sallim Mattar, didakwa menerima rasuah dalam bentuk saham bagi firma Amal Travel & Tour Pte Ltd daripada Mohd Mustaqim, yang juga pengarah Zeal-Con Engineering Pte Ltd, pada 2019.



Dalam satu kenyataannya semalam, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata, Abdul Rahim didakwa menerima rasuah itu sebagai hadiah bagi nasihat yang diberinya kepada Mustaqim berkaitan harga kuota Zeal-Con kepada Masjid Darul Aman dan Masjid Sallim Mattar bagi kerja-kerja yang dijalankan di kedua-dua masjid tersebut.



Dalam jawapannya kepada Berita Harian (BH) semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan pihaknya mengetahui tentang kes itu pada 2019 dan dengan segera menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh. Ia kemudian merujuk kes itu kepada CPIB dan telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.



Tertuduh telah digantung tugas: Muis



Rahim dan Mustaqim berdepan satu tuduhan setiap seorang di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



"Singapura mengamalkan pendekatan toleransi sifar yang ketat terhadap rasuah.



"Sesiapa yang didakwa atas tuduhan rasuah di bawah Seksyen 6, Akta Pencegahan Rasuah 1960 boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kededuanya sekali," kata CPIB dalam kenyataan itu.



Rahim yang dibenarkan ikat jamin sebanyak $30,000 diwakili peguam Encik Satwant Singh, sedang Mustaqim tidak diwakili peguam.



Mustaqim bagaimanapun memberitahu mahkamah yang dia akan mendapatkan seorang peguam.



Kededua mereka akan kembali ke mahkamah pada 21 Oktober ini.



Pemeriksaan akhbar ini di laman companies.sg mendapati syarikat Amal Travel & Tour Pte Ltd ditubuhkan pada 2001 dan masih lagi beroperasi.



Syarikat Zeal-Con Engineering Pte Ltd yang ditubuhkan pada 1994 juga masih beroperasi.



Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata, pihaknya sedar akan tuduhan jenayah yang difailkan ke atas salah seorang pegawainya, yang berkhidmat dalam sektor masjid.



"Muis mengetahui tentang kes itu pada 2019 dan dengan segera menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh.



"Ia kemudian merujuk kes itu kepada CPIB dan telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak berkuasa," ujar kenyataan itu.



Muis berkata, Rahim tidak lagi berkhidmat di masjid dan telah digantung tugas disebabkan kes jenayah itu.



Muis memberi penekanan mendalam ke atas tadbir urus dan kewibawaan semua pegawainya.



Muis juga berkata, ia "tidak akan mengulas komen lanjut" sebagai menghormati proses undang-undang.



Menurut CPIB, ia menilai semua jenis aduan dan laporan, termasuk yang tanpa nama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >