Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengetua dipenjara 3 tahun 8 bulan kerana cabul tujuh remaja lelaki

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



BEKAS pengetua sebuah sekolah menengah yang telah mencabul tujuh remaja lelaki di tempat kerjanya pada 2017 dihukum penjara selama tiga tahun lapan bulan semalam.



Dia juga menerima hukuman tujuh sebatan rotan.



Pelajar-pelajar lelaki yang berusia antara 13 and 15 tahun pada masa itu merupakan golongan anak muda berisiko yang menghadapi masalah keluarga.



Mereka juga mempunyai rekod disiplin di sekolah dan di luar.



Pesalah warga Singapura yang berusia 48 tahun itu mengaku bersalah atas tiga tuduhan mencabul yang melibatkan tiga anak muda lelaki.



Lapan tuduhan lain bagi kesalahan serupa, termasuk yang berkaitan dengan empat lelaki lain, dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.



Nama lelaki dan sekolah itu tidak boleh dinamakan atas 'arahan larangan' untuk melindungi identiti anak-anak muda lelaki itu.



Bekas pengetua itu sudah berhenti bekerja di bawah Kementerian Pendidikan (MOE) sejak 1 Januari 2018.



Mahkamah semalam mendengar bahawa para pelajar tersebut sering dipanggil ke pejabat am oleh pengurus operasi sekolah untuk menjalani hukuman ditahan atau diberi nasihat dan diberitahu mengenai tindakan tatatertib.



"Sebaik melihat seorang pelajar... tertuduh akan memanggilnya ke dalam biliknya untuk bercakap dengannya.



"Kadang-kadang tertuduh akan memberitahu guru para pelajar itu niatnya untuk berbicara dengan mereka dan menetapkan masa yang sesuai untuk mereka berjumpa di dalam pejabatnya dengan alasan untuk membincangkan masalah disiplin mereka," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mark Yeo dalam prosiding lebih awal.



Dia kemudian akan mencabul pelajar-pelajar itu di dalam pejabatnya.



Pada suatu hari sebelum 20 Ogos 2017, pengurus operasi itu sedang bercakap dengan salah seorang mangsa yang berusia 13 tahun mengenai masalah disiplinnya apabila tertuduh campur tangan dan mengatakan bahawa dia akan mengambil alih.



Bekas pengetua itu kemudian mencabul budak lelaki itu setelah mereka masuk ke pejabatnya.



DPP berkata:



"(Budak lelaki) itu tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa selepas itu. Mengingat masalah disiplinnya, dia berasa tidak ada orang yang akan mempercayainya jika dia menceritakan apa yang telah dilakukan oleh tertuduh kepadanya."



Dengan menggunakan tipu muslihat yang serupa, lelaki itu telah mencabul seorang budak lelaki berusia 14 tahun pula pada September 2017 dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun pada bulan berikutnya.



Pada Oktober tahun itu, lelaki itu mencabul seorang lagi budak lelaki berusia 14 tahun, yang memberitahu mangsa lain, seorang pelajar berusia 15 tahun, mengenai apa yang telah dilaluinya.



Pada 25 Oktober 2017, kedua-dua remaja tersebut memberitahu pengurus operasi mengenai pengalaman mereka dan perkara itu dilaporkan kepada MOE.



Pegawai MOE kemudian membuat laporan kepada polis pada 6 November tahun itu, demikian mahkamah diberitahu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >