Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengetua dipenjara kerana salah guna $16,000 daripada tajaka

Jan 09, 2020 | 06:03 PM




SEORANG pengetua pusat penjagaan kanak-kanak dipenjara 12 minggu kerana salah guna lebih $16,000 daripada yuran pusat penjagaan tersebut.


Hamidah Muhammad, 49 tahun, pengetua Star Learners@ Bishan Central, mengaku bersalah terhadap tuduhan pecah amanah pada Selasa (7 Januari).


Sebagai pengetua, dia diberikan kepercayaan untuk menjaga wang yuran yang diberi oleh ibu bapa kepada pusat tersebut.




Dia telah meletakkan jawatan pada 28 Jun 2018 dan sepatutnya bekerjasama degan pengetua dan kakitangan pengurusan untuk menyerahkan pengendalian pusat jagaan tersebut, tetapi gagal melakukan demikian.





Pengetua kelompok Kumpulan Star Learners serta pasukan pengurusan kemudian memeriksa akaun pusat tersebut selepas Hamidah meletakkan jawatan dan telah menemui beberapa perkara yang bercanggah.


Pengetua kelompok tersebut kemudian melaporkan perkara tersebut kepada polis dan menyatakan Hamidah telah menyalahgunakan dana pusat tersebut.


Siasatan seterusnya mendapati bahawa sejak 31 Oktober 2017 hingga 11 Julai 2018 beliau telah menyalahgunakan yuran yang telah dibayar lapan ibu bapa serta wang pusat tersebut yang lain.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >