Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengurus bangunan Kompleks Polis Cantonment didenda kerana palsukan borang tinjauan

Sep 11, 2021 | 12:46 AM



TANPA rasa bimbang dia sebenarnya bertugas di bangunan polis, seorang lelaki 33 tahun memalsukan borang tinjauan kepuasan pelanggan yang diperlukan bagi proses audit.



Muhammad Khairi Suhaimi didenda $3,000 pada Jumaat (10 September) selepas mengaku bersalah memalsukan borang tersebut. Dia diwakili peguam, Azri Imran Tan.



Khairi bertugas di firma pengurusan hartanah C&W Services (S) ketika itu apabila melakukan kesalahan antara Disember tahun lalu dengan Februari tahun ini.



Syarikat itu mempunyai kontrak mengurus kemudahan hartanah Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), dengan Khairi ditugaskan sebagai pengurus bagunan buat Kompleks Polis Cantonment.



Sebagaimana yang tertera dalam kontrak, syarikat ini diperlukan bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna hartanah dengan menjalankan tinjauan kepuasan pelanggan yang diperlukan bagi setiap enam bulan. 



Hasil tinjauan itu akan dikumpulkan dan markah kepuasan akan dikira.



Syarikat ini telah diberi insentif kelakonan $1,000 kerana memiliki markah yang tinggi. Ia boleh didenda antara $300 dengan $800 bagi markah rendah.



Pada Disember tahun lalu, Pejabat Ketua Audit Negara meminta audit dijalankan ke atas pengurusan kemudahan hartanah MHA ini. Ia juga meminta dokumen sokongan bagi tinjauan kepuasan pelanggan yang dikendalikan antara April 2018 dengan Mac tahun lalu.



Khairi menyedari dia belum lagi selesai mengisi borang tinjauan bagi Kompleks Polis Cantonment apabila dia menerima e-mel daripada polis yang meminta borang itu daripadanya.



Dia mendapatkan seorang pegawai logistik dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Encik Krishna Prasad, bagi mengisi borang bagi tempoh enam bulan antara 1 Januari 2019 dengan 30 Jun tahun lalu.



Namun, Khairi tidak mempunyai dokumen bagi dua tempoh pada 2018.



Dia kemudian memalsukannya dengan menggunakan borang lain yang sebelum ini diserahkan bagi tempoh audit 2017. Dia menerima dokumen lama daripada pegawai logistik Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Tan Peng Lin. 



Namun, Encik Tan kemudian bertanya kepada Khairi tentang dua borang yang sepatutnya diisi olehnya walaupun ia tidak terisi. Beliau juga mendapati borang itu sama dengan borang sebelum ini yang beliau serahkan.



Dalam satu mesyuarat bersama wakil polis, CNB dan C&W mendapatkan penjelasan tentang ketulenan borang itu. Maka Khairi mengaku memalsukannya.



Mahkamah diberitahu dia melakukan pemalsuan itu bagi memudahkan kerjanya dan tidak mendapat sebarang keuntungan kewangan daripadanya.



Di atas kesalahan memalsukan dokumen, Khairi boleh dipenjara hingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >