Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengurus besar AMKTC dijatuhi hukuman penjara

Nov 20, 2019 | 06:56 PM



SEORANG bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) dijatuhi hukuman penjara 27 bulan, atau dua tahun tiga bulan, hari ini kerana melakukan kesalahan rasuah.


Wong Chee Meng, 59 tahun, mendapat rasuah sekitar $50,000 daripada pengarah dua syarikat binaan.


Pengarah syarikat 19-ANC Enterprise dan 19-NS2 Enterprise itu, Chia Sin Lan, 64 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara 21 bulan, atau setahun sembilan bulan.


Kedua-dua syarikat itu turut masing-masing didenda $75,000.


Wong dan Chia mengaku bersalah terhadap tuduhan rasuah itu pada 25 Mac lalu, selepas satu perbicaraan di mahkamah yang bermula September tahun lalu.


Mereka masing-masing mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan rasuah melibatkan lebih $75,300.


Tuduhan pertama melibatkan diskaun $13,500 bagi kereta Toyota Corolla Altis milik 19-ANC yang dijual kepada Wong.


Tuduhan kedua pula melibatkan bayaran kepada perempuan simpanan Wong, sebanyak $27,800.


Sementara itu, tuduhan ketiga pula melibatkan perbelanjaan hiburan di tempat karaoke dan kedai urut berjumlah lebih $34,000.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >