Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekas pengurus besar majlis bandaran dan pengarah syarikat mengaku salah terhadap rasuah

Mar 25, 2019 | 06:48 PM

SEPANJANG dua tahun, seorang pengurus besar majlis bandaran dibelanja sesi karaoke - termasuk minuman alkohol, tip bagi kakitangan dan kalungan bunga bagi penyanyi lounge - oleh pengarah dua syarikat binaan.

Wong Chee Meng, 59 tahun, juga menerima rasuah lain daripada Chia Sin Lan, 63 tahun, termasuk diskaun $13,500 bagi sebuah kereta terpakai dan pindahan dana sebanyak hampir $27,800 kepada perempuan simpanannya di China.

Sebagai ganjaran, Wong yang merupakan pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC), menggunakan jawatannya untuk mempengaruhi tender yang dibida syarikat Chia.

Ini termasuk dengan mengarah kakitangan mengubah markah tender agar lebih memihak kepada mereka.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah kepada tuduhan rasuah hari ini (25 Mac), menandakan berakhirnya perbicaraan kes tersebut sejak September lalu, lapor akhbar The Straits Times.

Wong dan Chia masing-masing mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan rasuah, melibatkan jumlah lebih $75,300.

Dua lagi tuduhan akan dipertimbangkan semasa hakim menjatuhkan hukuman. Ini melibatkan rasuah berjumlah lebih $10,700.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3