Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengurus jualan dijel kerana jual ubat batuk secara haram

Nov 12, 2015 | 10:44 AM



SEORANG pengurus jualan syarikat farmaseutikal dipenjara 21 bulan kerana kesalahan pemalsuan dan menjual secara haram ubat batuk kodeina, dalam kes yang hakim berkata mungkin kes sedemikian yang paling teruk.


Ashley Jas Ang Wei Hoon, 38 tahun, bekerja di Beacons Pharmaceuticals apabila dia melakukan 203 kesalahan membekalkan lebih 20,000 liter ubat batuk berasas kodeina dan pil kodeina kepada seorang lelaki Malaysia dan 192 kesalahan pemalsuan.


Dia mengaku bersalah bagi 60 tuduhan.


Dalam satu tahun mulai 25 Mei 2009, Ang membekalkan Wong Kin Yu sebanyak 984 x 3.8 liter kanister mengandungi kodeina dan 4,000 pil kodeina yang dia tahu tidak termasuk dalam Senarai Jualan Umum.


Jumlah ubat batuk kira-kira 20,307.2 liter itu adalah yang terbanyak dalam kesalahan sedemikian.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stacey Anne Fernandez berkata Ang mahu mencapai sasaran jualannya dan mewujudkan "portfolio bagus" untuk dirinya dengan harapan mendapat pekerjaan di sebuah syarikat berbilang negara.


Pada Mei 2009, Soh Woon Mei, seorang pembantu di Kim Tian Clinic, bertanya Ang apakah dia boleh membantu membuat tempahan dan menghantar ubat batuk bagi Wong, yang juga dikenali sebagai Paul, yang telah pergi ke klinik itu.


Ang bersetuju apabila dia tahu dia tidak dapat mencapai sasaran jualan pasukannya.


Dia mengunakan invois palsu Wong untuk memperdaya Beacons kononnya tempahan itu dibuat oleh Kim Tian Clinic.


Selepas penangkapan Ang pada Jun 2011, beberapa kes pemalsuan invois terbongkar. Dia menipu Beacons hingga percaya kononnya tempatan dibuat oleh pelbagai klinik.


Hakim Daerah Chay Yuen Fatt berkata itu mungkin kes paling teruk jualan haram kodeina, dan walaupun Ang bukan dalangnya, dia bukan bidak yang diperalatkan oleh Wong.


Dia melakukan kesalahan itu demi kepentingan dirinya sendiri, walaupun dia tidak mendapat sebarang keuntungan kewangan daripada transaksi haram itu, ujar Encik Chay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >