Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengurus kanan Certis Cisco dituduh ambil rasuah $83,000

Oct 27, 2021 | 03:59 PM



SEORANG pengurus kanan Certis Cisco Protection Services didakwa menerima rasuah sejumlah $83,000 dalam bentuk pinjaman.



Mahkamah diberitahu pada Rabu (27 Oktober) bahawa Alvin Lee May Sim, 41 tahun, yang pernah bekerja di jabatan pengurusan strategi dan sumber dikatakan menerima duit berkenaan daripada dua pemegang saham firma huraian keselamatan Scar Services antara 2017 dengan 2019.



Mereka adalah Abdul Razeez Rasit, 35 tahun, dan Nazarisham Mohamed Isa, 42 tahun.



Akhbar The Straits Times difahamkan Lee tidak lagi bekerja dengan Certis Cisco.



Pada Rabu, Lee didakwa dengan 13 kesalahan rasuah dan sembilan kesalahan pemalsuan.



Razeez berdepan dengan enam kesalahan rasuah manakala Nazarisham didakwa dengan 13 kesalahan rasuah serta satu kesalahan memalsukan dan menggunakan dokumen palsu yang kononnya dikemukakan sebagai dokumen sebenar.



Mengikut dokumen mahkamah, Razeez dan Nazarisham dikatakan telah memberi Lee rasuah sejumlah $43,000 untuk menggalakkannya mendahulukan kepentingan perniagaan firma mereka dengan Certis Cisco Protection Services.



Nazarisham didakwa memberikan Lee lagi $40,000 dalam bentuk rasuah dan kepuasan dalam bentuk pinjaman kereta.



Dia juga dikatakan berbuat demikian khususnya bagi menerima dokumen Certis yang dipalsukan daripada Lee.



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata dalam kenyataannya bahawa sekitar 2019, Lee telah memalsukan dokumen termasuk resit untuk disimpan dan beberapa penyata yang ada dan berkait dengan simpanan batu permata.



Kata CPIB: "Pemalsuan yang bertujuan memperolok-olokkan bahawa kononnya Certis Cisco Security dan Pasukan Polis Tambahan Certis Cisco mengeluarkan dokumen berkenaan tetapi bukan begitu keadaannya.



"Lee juga berkomplot dengan Nazarisham untuk memalsukan dokumen pensijilan insuran (Certis Cisco Security)."



CPIB juga berkata secara berasingan, Nazarisham juga telah menggunakan dan menyampaikan resit palsu sebagai kononnya yang benar dengan memberinya kepada notari awam.



Pada Rabu, tiga warga Singapura ini telah diberi ikat jamin antara $10,000 dengan $100,000. Kes mereka akan didengar lagi bulan depan.



Bagi setiap kesalahan rasuah, seorang pesalah boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda hingga $100,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >