Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI

Bekas pengurus Majlis Pusat dijel 20 minggu

May 10, 2016 | 05:30 AM



BEKAS pengurus Majlis Pusat (MP), Gazaly Malek, semalam dijatuhi hukuman penjara 20 minggu atas tiga pertuduhan menipu tiga badan berkanun hampir $190,000 berhubung perbelanjaan bagi acara penyalaan lampu Hari Raya.



Gazaly, 60 tahun, telah mengaku bersalah pada minggu lalu bersubahat dengan tiga individu lain menipu agensi pemerintah bagi projek penyalaan lampu Hari Raya Geylang Serai pada 2011 dan 2012.



Tiga individu itu ialah bekas presiden MP, Saharudin Kassim; bekas setiausaha kewangan, Abdul Ghani Tahir; dan seorang vendor, Salleh Sam, yang mengendalikan projek itu.



Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Encik Adam Nakhoda berkata walaupun Gazaly bukan dalangnya, beliau mendapati tertuduh menyedari apa yang dilakukannya itu menyalahi undang-undang.



Dia hanya mengikut arahan Saharudin.



Hakim turut mempertimbang faktor mitigasi lain dalam kes itu termasuk Gazaly tidak mendapat manfaat daripada konspirasi itu; tiada rekod jenayah; kerjasama yang diberi kepada Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) dalam siasatan dan dia awal mengaku bersalah.



Namun, hakim menambah bahawa Gazaly sedar perbuatannya salah dan apabila disuruh melakukan perbuatan itu, dia "harus menghentikannya dengan segera".



Peguam Gazaly, Encik Amarjit Singh, meminta hukuman ditangguh dua minggu. Permintaan itu tidak dibangkang pihak pendakwa dan dipersetujui oleh hakim.



Gazaly akan menjalani hukuman penjara mulai 23 Mei.



Ketika diminta anak guamnya mengulas tentang hukuman itu, Encik Singh berkata Gazaly mendapati ia adil.



"Melihat keadaan keseluruhannya, Gazaly rasa hukuman itu adil kerana dia tahu apa yang sedang berlaku - bahawa jumlah perbelanjaan invois itu dinaikkan. Dan hukuman yang dijatuhkan adalah lingkungan yang dijangkakan," kata Encik Amarjit.



Beliau berkata penangguhan itu diminta kerana anak guamnya perlu menyelesaikan perkara peribadi.



"Dia masih menjaga ibunya dan harus membuat rancangan bagi penjagaannya sementara dia menjalani hukuman," kata Encik Amarjit.



Gazaly, seorang warga Canada, kembali ke Singapura enam tahun lalu kerana ingin meluangkan masa bersama ibunya yang berusia 86 tahun dan anggota keluarganya yang sakit teruk.



Disebabkan niatnya itu Gazaly menerima tawaran pekerjaan sebagai pengurus program di Majlis Pusat.



Di Majlis Pusat, dia bekerja di bawah arahan setiausaha agung MP ketika itu iaitu Saharudin.



Laporan lanjut: Gazaly kerja di MP melalui cadangan Ghani Tahir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >