Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengurus perniagaan dijel kerana pengubahan wang haram

Feb 23, 2016 | 10:36 AM



SEORANG bekas pengurus pembangunan perniagaan, yang melakukan kesalahan pengubahan wang haram dengan menerima dan memindahkan wang curian lebih $800,000, dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada Isnin (22 Feb).


Ong Kim Chuan, 56 tahun, pengarah tunggal syarikat Cera Ina and Co, apabila dia secara tidak jujur menerima wang curian $231,768 dan $504,377 pada 3 dan 11 September 2013 dalam akaun bank syarikat itu, semasa mempunyai sebab untuk mengesyaki ia wang yang akan dicuri.


Dia juga mengaku memindahkan $479,237, wang hasil perlakuan jenayah, daripada akaun OCBC Bank Cera Ina ke akaun seorang bernama Encik Lim pada 12 September tahun itu.


Ong, yang juga pengurus pembangunan perniagaan Nan Wah Marketing ketika itu, dibayar $41,882 sebagai komisen kerana melakukan perbuatan tersebut, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Joshua Lai.


Secara keseluruhan, dia menerima AS$672,000 ($850,818) dalam empat akaun banknya, akibat mangsa di luar negara ditipu untuk memindahkan wang tersebut.


Siasatan menunjukkan pada Julai 2013, Ong diperkenal kepada seorang bernama Karim oleh seorang kawannya. Karim mahu membeli perkakas kebersihan bagi projek perumahan di Kuwait. Dia dibantu seseorang yang dikenali sebagai Angie, yang berkata dia bertanggungjawab bagi perolehan tetapi mendakwa dia tidak mempunyai akaun bank di Malaysia.


Angie memberitahu Ong supaya menerima dana daripada Karim bagi pihaknya, menggunakan akaun banknya, dan dia akan diberi komisen kira-kira 4 peratus bagi setiap pemindahan. Ong sepatutnya memindahkan baki wang itu kepada pembantu Angie, Encik Lim.


DPP Lai berkata Ong tidak tahu apa-apa mengenai projek komersial yang didakwa itu, mahupun mengapa wang tersebut tidak boleh dipindahkan kepada Angie secara langsung.


Ong memberitahu polis urus niaga perniagaan yang kononnya ada kaitan dengan penerimaan dan pemindahan dana itu tkidak "sah" dan "tidak bersih".


Dia juga mengaku dia berada "digunakan" oleh Angie dan Karim untuk menjalankan urus niaga tiada kaitan dengan perniagaan tulen.


Ong menerima $850,818 dalam empat akaun bank dan memindahkan $808,936 secara tunai kepada Encik Lim sepanjang lebih tiga minggu pada Ogos dan September tahun itu.


Hakim Daerah Low Wee Ping membenar Ong menangguhkan hukuman hingga 29 Feb




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >