Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengurus Pokka dipenjara 5 minggu jual minuman untuk dieksport ke Korea Utara

Dec 12, 2022 | 06:37 PM



SEORANG bekas pengurus saluran di firma minuman Pokka International yang menyalahi undang-undang membekalkan minuman bernilai hampir $1.3 juta ke Korea Utara telah dipenjara selama lima minggu pada Isnin (12 Dis).


Phua Sze Hee, 59 tahun, tidak mendapat komisen bagi jualan yang berlaku pada 2017 dan 2018.


Namun Pokka International telah memperkenalkan sasaran jualan bulanan sebanyak $1.25 juta dan jualan tersebut yang menyalahi undang-undang telah membantu memenuhi sasaran itu.


Sejak 8 November 2017, pihak pendakwa telah melaksanakan larangan ke atas semua barangan niaga secara komersial yang diimport, dieksport, dipindah kapal atau dibawa masuk transit dari atau ke Korea Utara.


Warga Singapura itu mengaku bersalah semalam terhadap empat tuduhan di bawah Peraturan Import dan Eksport. Barangan yang terlibat mempunyai jumlah nilai eksport melebihi $290,000. 


Sebanyak 24 tuduhan lain yang melibatkan baki nilai dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman. 


Pada 2014, seorang rakan memperkenalkan Phua kepada seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Zheng Shi Qiang, yang juga dikenali sebagai Jordan, yang ketika itu pengarah firma Tan Quang Singapore dan Baron & Baron. 


Kes terhadap Zheng, kini 50 tahun, belum selesai. 


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik V. Jesudevan, Cik Sarah Thaker dan Encik Benedict Teong menyatakan dalam dokumen mahkamah: 


“Jordan memperkenalkan Phua kepada seorang Encik Kim, yang bekerja sebagai duta di kedutaan Korea Utara di Singapura. 


“Jordan akan membeli minuman Pokka daripada Phua, dan Phua sebaliknya akan berhubung dengan Jordan dan kakitangan mengenai pembelian ini. Kadang kala, Encik Kim akan berhubung dengan Phua bagi minuman Pokka yang dijual kepada Jordan dan juga menimbulkan isu mengenai pembelian minuman Pokka kepada Phua.” 


Setelah Encik Kim meninggal dunia pada awal 2015, Zheng memperkenalkan Phua kepada seorang lagi pekerja kedutaan, Encik Mun. 


Menurut dokumen mahkamah, Zheng telah memberitahu Phua bahawa dua rakyat Korea Utara itu merupakan rakan niaga dalam pembelian minuman Pokka. 


DPP berkata bahawa Phua juga belajar dari Zheng bahawa minuman yang dijual kepada Tan Quang Singapura dan Baron & Baron bertujuan untuk dieksport ke Korea Utara. Produk itu kemudian akan dijual di sana. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >