Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengurus stesen SMRT lesap lepas gelapkan $20,000

Jun 07, 2016 | 08:46 AM



SEORANG bekas pengurus stesen SMRT didakwa mencuri $20,000 dari stesen Tanah Merah, dan sedang disiasat polis.



Lelaki itu dikatakan telah melarikan diri dan tidak lagi berada di Singapura.



Jurucakap polis mengesahkan SMRT membuat laporan polis Rabu lalu (1 Jun), dan berkata siasatan sedang dijalankan.



Menurut akhbar The Straits Times pada Selasa (7 Jun), difahamkan wang itu - kebanyakannya daripada penumpang yang ingin menambah nilai kad perjalanan mereka di pejabat stesen - digelapkan sepanjang beberapa bulan.



Kes itu nampaknya terdedah melalui satu audit dalaman. Sumber berkata suspek bekerja di SMRT selama dua tahun sahaja.



Jurucakap SMRT, Encik Patrick Nathan, berkata syarikat itu telah merujuk kes tersebut kepada polis dan beliau tidak dapat mengulas lanjut.



Setiap hari, lebih tiga juta perjalanan dibuat oleh hampir satu juta orang di rangkaian kereta api Singapura.



Pemerhati menganggarkan jika 3 peratus daripada satu juta penumpang menambah nilai kad perjalanan mereka sebanyak $10 melalui pejabat stesen dan bukan mesin automatik, rangkaian itu mengutip wang tunai $300,000 sehari.



Dan jika tunai itu dibahagi sama rata, setiap stesen akan mengendalikan sekurang-kurangnya $3,000 sehari atau $21,000 seminggu.



Tetapi menurut sumber dalaman, stesen sibuk boleh mengendalikan lebih daripada itu.



Stesen Tanah Merah, yang merupakan suatu persimpangan bagi penumpang pergi dan datang dari Lapangan Terbang Changi, Pasir Ris, Simei dan Tampines, antara stesen sibuk itu.



Difahamkan apabila disedari tentang wang yang hilang itu dan laporan polis dibuat, suspek telah dua bulan meninggalkan Singapura.



Satu sumber yang biasa dengan kerja seorang pengurus stesen berkata pengendalian wang "berdasarkan kepercayaan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >