Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas penolong jurutera PUB didakwa terima rasuah $45,000

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas penolong jurutera agensi air negara PUB semalam didakwa menerima rasuah sekitar $45,000 dan memalsukan invois.



Jamaludin Mohamed, seorang warga Singapura berusia 58 tahun, menghadapi tiga tuduhan melakukan amalan rasuah dan dua kerana memalsukan akaun.



Dia disogok warga Singapura Ganisan Suppiah, 51 tahun, yang merupakan pengurus projek di syarikat Pipe Works.



Ganisan, yang juga didakwa semalam, menghadapi satu tuduhan melakukan amalan rasuah dan dua kerana bersubahat dengan Jamaludin dalam memalsukan invois.



Dokumen mahkamah menyatakan bahawa Jamaludin didakwa menerima rasuah sekitar $45,000 dari Ganisan sebagai pertukaran bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja oleh Pipe Works yang diselianya.



Pada Julai 2019, Jamaludin didakwa cuba mendapatkan rasuah sebanyak $500,000 daripada satu lagi syarikat kerja perpaipan sebagai pertukaran untuk menyokong tawaran tendernya untuk menggantikan paip utama.



Pada bulan yang sama itu, dia didakwa cuba mendapatkan rasuah daripada satu syarikat pembinaan untuk tender yang sama, lapor akhbar The Straits Times.



Kedua-dua syarikat menolak permintaannya.



Antara 16 November dengan 23 November 2017, Jamaludin juga didakwa menyiapkan invois palsu di bawah satu syarikat yang ditubuhnya untuk menerima rasuah dari Ganisan.



Jamaludin memberitahu mahkamah semalam bahawa dia berniat mengaku bersalah.



PUB berkata dalam satu kenyataan bahawa Jamaludin dilepaskan daripada jawatannya pada Januari tahun ini, menyusuli siasatan dalaman atas salah laku. Siasatan itu tiada kaitan dengan kesalahannya mengamalkan rasuah yang didakwa.



Tanda-tanda kesalahan Jamaludin mengamalkan rasuah yang didakwa itu pertama kali ditemui PUB pada Julai 2019 dan segera mendapat perhatian Biro Siasatan Amalan Rasuah, kata agensi tersebut.



Jika disabit kesalahan kerana mengamalkan rasuah, Jamaludin dan Ganisan, setiap seorang, boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.



Jika kesalahan itu berkaitan hal atau kontrak bersama pemerintah atau badan awam, tempoh penjara maksimum bagi setiap kesalahan boleh dinaikkan ke tujuh tahun.



Kesalahan memalsukan akaun membawa penalti maksimum penjara 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >