Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pensyarah ITE dipenjara 32 minggu kerana rakam lebih 300 video bawah skirt

Dec 07, 2020 | 06:07 PM



SEORANG bekas pensyarah Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang mengambil lebih 300 klip video bawah skirt menggunakan kamera mini yang diubahsuai dijatuhi hukuman penjara 32 minggu pada Isnin (7 Dis).


Chia Teck Huat, 41 tahun, telah mengaku bersalah pada 29 Oktober atas tiga tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.


Satu tuduhan serupa dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah sebelum itu diberitahu bahawa Chia mengubahsuai kamera mini yang dibelinya dalam talian supaya ia dapat disembunyikan dalam beg komputer ribanya.


Seorang lelaki yang mengesyaki Chia mengambil gambar bawah skirt membuat laporan polis pada 23 Oktober 2017 dan Chia ditangkap pada hari yang sama.


Dokumen mahkamah menyatakan bahawa 362 klip video ditemui dari tablet dan 'thumbdrive' Chia, yang dirampas dalam serbuan di rumahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >