Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pensyarah NUS didapati bersalah cabul kehormatan lima remaja lelaki

Jul 22, 2019 | 04:01 PM



BEKAS pensyarah kanan psikologi Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah melarikan diri ke Malaysia selepas mencabul kehormatan lima remaja lelaki semasa perkhemahan sekolah dan berada di sana selama 17 tahun sebelum dihantar pulang ke Singapura pada Disember 2016. 



Selepas perbicaraan hari ini, Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan mendapati Chan Cheng, kini berusia 59 tahun, bersalah atas lima tuduhan mencabul kehormatan. 



Tujuh tuduhan lain yang melibatkan empat remaja lelaki lain masih belum selesai. 



Kesemua remaja lelaki pada masa itu sedang menuntut di Menengah Satu semasa Chan mencabul kehormatan mereka di Kem Guillemard di Old Airport Road semasa perkhemahan sekolah yang berlangsung selama tiga hari. 



Chan gagal hadir di mahkamah pada 29 November tahun itu dan waran tangkap dikeluarkan untuknya. 



Kontrak bekas presiden Persatuan Psikologi Singapura bersama NUS langsung dimansuhkan selepas dia gagal hadir di tempat kerja. 



Chan dikatan mempunyai syarikatnya sendiri, yang dikenali sebagai Procamps, untuk mengajar kemahiran belajar kepada belia. Dia juga menganjurkan perkhemahan untuk kanak-kanak semasa cuti sekolah. 



Semasa perbicaraan, seorang lelaki yang terlibat dalam perkhemahan pada 1999 itu memberitahu mahkamah bahawa beliau sedang berbual di atas katil dengan seorang lagi kawan apabila Chan mula memegang pehanya. 



Lelaki tersebut berkata beliau menepis tangan Chan apabila ia bergerak ke kemaluannya. 



Teman mangsa, yang juga telah memberikan kenyataan, berkata beliau ‘terkejut’ dengan apa yang disaksikan. 



Tiga peserta perkhemahan yang lain turut memberitahu mahkamah semasa perbicaraan bahawa Chan telah memegang kemaluan mereka malam itu. 



Mangsa kelima turut berkata Chan telah meletakkan bedak di kemaluannya sebelum mencabul kehormatannya. 



Hakim membebaskan Chan dengan ikat jamin, namun menambah syarat bahawa dia harus melaporkan diri kepada pegawai siasatannya setiap hari. 

Chan kini dibebaskan dengan ikat jamin $60,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 29 Julai. 



Bagi setiap tuduhan mencabul kehormatan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, disaman dan disebat. Chan tidak boleh disebat kerana dia  berusia 50 tahun ke atas. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >