Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Setempat

Bekas pensyarah NUS dihukum penjara kerana cabul kehormatan mahasiswi dalam bas kampus

Oct 18, 2019 | 11:32 AM

SEORANG bekas pensyarah kanan di Universiti Nasional Singapura (NUS) dijatuhi hukuman penjara 14 minggu pada Khamis (17 Oktober) kerana telah mencabul kehormatan seorang mahasiswi.

Long Yun, yang merupakan anggota fakulti di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Biomolekul NUS, telah mengusap pangkal pahanya pada paha kiri mangsa, 20 tahun, selama sekitar empat minit, di dalam bas kampus.

Mahkamah difahamkan Long, yang berpindah ke Singapura ke China pada 2013 dan menjadi penduduk tempatan pada 2015, telah menaiki bas kampus perkhidmatan A1 pada 14 Januari tahun ini, pada sekitar 12 tengahari.

Dalam bas yang penuh sesak, Long, yang sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki berusia lapan tahun, telah berdiri berdekatan mangsa dan menggesel dirinya pada paha kiri mahasiswi tersebut dengan sengaja. 

Menurut laporan The Straits Times, jurucakap NUS mengatakan bahawa kontrak pekerjaan Long di universiti tersebut telah ditamatkan pada Februari selepas satu siasatan dalaman.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian