Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas perenang negara CEO baru Hab Sukan

Jan 23, 2018 | 04:47 PM



BEKAS perenang negara, Encik Oon Jin Teik, dilantik sebagai ketua eksekutif baru Hab Sukan Singapura semalam.



Encik Oon yang pernah bertanding dalam acara Sukan Olimpik Los Angeles pada 1984 mengisi jawatan tersebut selepas Encik Manu Sawhney yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hab Sukan Singapura pada Oktober 2015 meletak jawatan Mei lalu.



Sebelum itu, Encik Philippe Collin-Delavaud memegang jawatan CEO Hab Sukan Singapura dari Mac 2011 hingga Disember 2015.



Encik Oon, 54 tahun, menyertai Hab Sukan Singapura sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Hab Sukan Singapura pada Mei 2014.



Beliau antara lain bertanggungjawab memimpin pembangunan operasi Hab Sukan Singapura yang menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara besar, termasuk Sukan SEA 2015, Sukan Para Asean 2015 dan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >