Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pesakit barah tabah hadapi dugaan

Aug 26, 2020 | 05:30 AM



BARAH yang merampas sebahagian zaman remaja Encik Nazri Arshad gagal meluntur semangatnya membina kehidupan baru. Malah, lima tahun selepas disahkan bebas leukimia, beliau, 23 tahun, bertekad membantu orang lain yang kurang berkemampuan.



Mei lalu, sedang masyarakat Islam di sini menyesuaikan diri dengan sambutan Hari Raya yang berubah akibat pandemik Covid-19 dan dengan keadaan ekonomi tidak menentu, beliau mengorak langkah untuk berbuat demikian.



Encik Nazri memulakan projek amal selama seminggu, menghasilkan sendiri aneka juadah Lebaran untuk diberi kepada keluarga yang ditimpa kesusahan akibat Covid-19.



"Ramai orang (lain) tersenyum, tetapi mereka mungkin rasa perit dan sedih dalam hati. Saya hanya cuba buat apa yang saya mampu untuk bantu orang lain... Mungkin bantuan kita sedikit sebanyak menceriakan mereka," ujar Encik Nazri, apabila dihubungi baru-baru ini.



Malah, menggunakan wang simpanan sendiri, penuntut Institut Pendidikan Teknikal (ITE) jurusan pastri dan membakar itu mengupah beberapa rakannya yang hilang pekerjaan untuk menghantar kuih-muih yang dibuatnya kepada keluarga susah.



Menurut Encik Nazri, cabaran yang dihadapi beliau semasa bergelut dengan barah selama dua tahun hanya sedikit apabila dibandingkan dengan masalah yang dihadapi orang lain semasa pandemik ini.



Encik Nazri mula mengetahui beliau mengalami barah leukemia pada 2013, selepas mengalami demam berulang. Ketika itu usianya baru 16 tahun.



Beliau tidak menyangka akan dilanda leukemia kerana keluarganya tiada sejarah penyakit barah dan beliau dalam keadaan sihat ketika itu.



Menurut Encik Nazri, orang tuanya, terutama ibunya, sukar menerima keadaannya itu. Beliau juga berasa takut, tetapi terpaksa memberanikan diri supaya keadaannya tidak menjejaskan lagi ibunya. "Saya tahu jika nak sembuh, saya harus tabah dan cuba sedaya upaya untuk mengharungi penyakit ini."



Bagai jatuh ditimpa tangga, ibu bapanya kehilangan pekerjaan kerana perlu meluangkan masa menjaganya dan mereka sekeluarga berdepan masalah kewangan. Meskipun mendapat sokongan daripada Yayasan Barah Kanak-kanak (CCF), hidup masih sukar bagi keluarganya, kata Encik Nazri.



Dua tahun selepas menjalani rawatan, yang termasuk beberapa pembedahan, kemoterapi dan pemindahan sumsum, beliau beransur pulih dan kini bebas barah.



Baru-baru ini, keluarganya sekali lagi ditimpa kesusahan selepas ibu bapanya kehilangan kerja akibat Covid-19. Keadaan itu memaksa Encik Nazri bekerja sambilan sejak tempoh pemutus litar sebagai penghantar makanan pada siang hari dan pembungkus barang pada waktu malam.



Namun, beliau tetap meluangkan masa membantu CCF mengumpul dana melalui projek The Hope Train. Encik Nazri berkata beliau bertekad untuk terus bersikap positif. Sikap positif dan agama membantu beliau mengatasi leukemia, ujar beliau.



"Kalau Tuhan nak beri kesembuhan, Dia akan tunjuk cara dan jalan untuk baik semula," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >