BEKAS pesalah akan menerima lebih banyak bantuan bagi mendapatkan pekerjaan termasuk sokongan lebih lanjut daripada seorang jurulatih pekerjaan dan penggunaan wadah memprofil pekerjaan.
Ini akan ditawarkan di bawah Lembaga Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (Score), dedah Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, dalam perbahasan Belanjawan bagi Kementerian Dalam Negeri (MHA) semalam.