Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pesalah digesa bantu pesalah lain kembali ke pangkuan masyarakat

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



USAHA perlu dipertingkat bagi memastikan bekas pesalah tidak kembali ke penjara selepas dibebaskan, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Meskipun proses peralihan dari penjara kembali ke masyarakat memang mencabar, Dr Faishal menggesa bekas pesalah agar sama-sama membantu membantu bekas pesalah lain yang menghadapi cabaran.



Ini kerana mereka yang pernah melalui tempoh peralihan itu akan lebih memahami cabaran yang dihadapi bekas pesalah untuk kembali ke masyarakat, ujarnya dalam ucapan yang disampaikan semasa majlis pelancaran 'Break The Cycle SG' yang diadakan secara maya kelmarin.



Sepanjang tempoh seminggu, lebih 40 peserta akan mengayuh basikal sepanjang 202.2 kilometer dalam kumpulan seramai lima orang di bawah acara itu yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya usaha masyarakat dalam menghentikan kitaran kebentanan.



Menurut Dr Faishal, satu daripada lima bekas pesalah akan terjebak dalam jenayah dalam tempoh dua tahun selepas dibebaskan. Justeru, usaha perlu dipertingkat bagi membantu mereka.



"Dalam masyarakat, bekas pesalah menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran, terutama sekali dalam tempoh beberapa tahun selepas dibebaskan.



"Tarikan untuk terus melakukan jenayah mungkin tercetus jika bekas pesalah tidak mempunyai rangkaian sokongan dan aktiviti bermakna yang dapat mereka lakukan," katanya.



Justeru, acara seperti 'Break The Cycle SG' (BTC) itu merupakan antara peluang bagi bekas pesalah memperbaiki kemahiran berbasikal sementara membina daya tahan peribadi serta hubungan dengan individu lain yang turut sama minat berbasikal.



"Jalinan persahabatan seperti itu boleh membantu bekas pesalah rasa seperti mereka mempunyai peranan dalam masyarakat dalam tempoh jangka panjang dan (mendorong) mereka untuk menghilangkan identiti sebagai 'penjenayah'," ujar Dr Faishal.



Tambahnya, bekas pesalah yang ditemuinya berkongsi bahawa sokongan yang diterima daripada masyarakat amat penting kerana tempoh peralihan dari penjara kembali ke masyarakat penuh dengan cabaran.



Justeru beliau menggesa bekas pesalah lain yang pernah melalui perkara sama untuk turut menyumbang.



"Mereka yang pernah melalui (proses) peralihan mencabar selepas dibebaskan dari penjara lebih mengetahui tentang kesukaran yang dihadapi bekas pesalah.



"Anda pernah berada dalam situasi seperti itu. Dengan perkongsian pengalaman anda serta kehadiran anda untuk bekas pesalah lain, anda boleh mencetus perubahan positif bagi masyarakat ini," katanya.



BTC dimulakan oleh segolongan individu yang minat berbasikal pada 2020 dan bertujuan menggalak penglibatan anggota masyarakat dalam usaha memberi sokongan kepada bekas pesalah.




"Mereka yang pernah melalui (proses) peralihan mencabar selepas dibebaskan dari penjara lebih mengetahui tentang kesukaran yang dihadapi bekas pesalah. Anda pernah berada dalam situasi seperti itu. Dengan perkongsian pengalaman anda serta kehadiran anda untuk bekas pesalah lain, anda boleh mencetus perubahan positif bagi masyarakat ini."
- Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >