Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISTIMEWA DALAM BERITA MINGGU

Bekas pesalah tolong 'adik-adik berisiko' agar usah ulang kesilapan sama

Jan 09, 2020 | 05:30 AM



PENGALAMAN dan sejarah menjadi senjata terbaik memperbaiki kesilapan.



Inilah yang disedari sekumpulan bekas pesalah dadah setelah akhirnya bebas daripada tahanan.



Berbekalkan pengalaman peribadi, sekumpulan bekas pesalah dadah, Revive SG bertindak mendekati belia berisiko yang semakin berani menjalankan kegiatan seperti mengedar dadah dan bergaul dengan kumpulan samseng yang biasanya tidak lari daripada jenayah dadah.



Sejauh mana mereka berjaya mendekati belia berisiko itu daripada terjerumus dalam kancah dadah?




Cabaran generasi milenial



Ibu bapa muda generasi milenial menghadapi cabaran tersendiri dalam mendidik anak, terutama dalam menghadapi era digital.



Bagaimanakah mereka mengimbangi antara memastikan anak diberi setiap peluang agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan memastikan anak juga menikmati zaman pembesaran mereka secara alamiah tanpa pengaruh digital?




PANDANGAN: DENGAR PODCAST



Pak andam singkap cabaran kendali mempelai



SALAH tanggapan melibatkan pak andam adalah sesuatu yang lumrah.



Antaranya menyifatkan pak andam sebagai lelaki lembut atau ada yang beranggapan pengantin lelaki tidak perlu diandam.



Ada yang malah berkata pak andam boleh dapat "free show" kerana dapat melihat pengantin perempuan menyalin pakaian.



Semua salah tanggapan itu diperbetulkan dalam satu sesi perkongsian terus terang dengan dua pak andam, Encik Mohammad Hambali Kamari dari Hambali The Wedding Regalia dan Encik Hafeez Jefri, dari Cakap Pasal Kahwin.



Dalam episod podcast #NoTapis itu, mereka juga mengongsi pelbagai kerenah dan juga rahsia pengantin yang perlu mereka simpan.



"Ada pengantin lelaki yang saya andamkan, nak muka "flawless" macam artis Korea, nak hidung dimancungkan dan kening diwarnakan," kongsi Encik Hafeez.



Tetapi lebih daripada itu, masalah pengantin yang adakalanya tidak melunaskan bayaran meski majlis sudah lama habis, masih lagi menjadi masalah yang membelenggu usahawan yang menawarkan khidmat perkahwinan.



"Kadangkala kita macam terpaksa tebalkan muka meminta duit yang memang hak kita. Kalau kita senyap, "burn"-lah duit tu'," tambah Encik Hafeez.



Dengar podcast ini yang mempunyai dua episod berbeza - Pak Andam dapat 'free show' dan pengantin lelaki pun nak 'cantik' atas pelamin.



Muat turun episod ini di Spotify.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >