Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas petugas kedutaan S'pura dihukum penjara 114 bulan kerana palsu dokumen di Thailand

May 09, 2020 | 09:30 AM



SEORANG bekas kakitangan kedutaan Singapura telah dijatuhi hukuman penjara 114 bulan oleh sebuah mahkamah Thailand setelah disabitkan dengan 38 tuduhan membuat dokumen palsu. 



David Han, 26 tahun, dijumpai dengan dokumen pekerjaan palsu, surat gaji dan sijil dari universiti-universiti di kedua-dua Thailand dan luar negara selepas dia diberkas oleh polis Thailand pada 5 Mei lalu di wilayah utara Chiang Rai.



Mahkamah Don Mueang Kwaeng semalam juga mendendanya 190,000 baht (S$8,333) dan menggantung hukuman penjara ke atasnya. 



Sehingga petang semalam, dia ditahan di pusat tahanan imigresen Bangkok dan menantikan penghantaran ke negaranya.



Dia disenaraihitam dari memasuki Thailand. 



Polis Thai menyatakan, Han telah menggunakan satu surat palsu dari atase pertahanan Singapura, antara dokumen lainnya.



"Kami masih menyiasat sama ada dia bekerja dengan orang lain meskipun dia mengaku melakukannya sendirian," kata Mejar Jenderal Polis, Piti Nitinonthaset, seorang superintendan Divisyen 1 Biro Imigresen, yang ditukil The Straits Times sebelum Han disabitkan dengan kesalahannya. 



"Kami mendapati banyak perkara mencurigakan, seperti satu pelekat visa yang mungkin dibuat di negaranya. Kami sedang bekerja dengan polis Singapura untuk mengetahui dengan lebih lanjut," kata Maj-Gen Piti. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >