Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas polis yang dihukum gantung dalam kes bunuh Kovan gagal mohon masuk campur bagi rayuan kes bunuh Woodlands

Sep 21, 2021 | 09:35 PM



MAHKAMAH Rayuan telah menolak permohonan bekas pegawai polis, Iskandar Rahmat, yang kini menanti hukuman gantung kerana dua kes pembunuhan Kovan, untuk masuk campur dalam satu lagi kes bunuh tiada berkaitan.



Iskandar, 43 tahun, yang membunuh pasangan bapa dan anak dalam satu kes rompakan pada 2013 didapati bersalah di atas dua pembunuhan itu pada 2015. Rayuan terhadap hukuman yang diberi ditolak pada 2017.



Pada Jun, diwakili peguam M. Ravi, Iskandar mengetengahkan permohonan untuk masuk campur dalam kes Teo Ghim Heng, 46 tahun. Teo didapati bersalah tahun lalu kerana mencerut leher isterinya yang hamil dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun di flat Woodlands sekitar 2017.



Iskandar mahu ikut serta dalam rayuan Teo yang tertunda agar dia juga dapat mengemukakan tentangan tambahan bagi menyokong rancangan Teo mencabar perlembagaan menentang dua ketetapan dua homisid (pembunuhan nyawa) berkaitan.



Dalam pengadilannya pada Selasa (21 September), mahkamah agung yang terdiri daripada Ketua Hakim Sundaresh Menon dan Hakim Judith Prakash dan Steven Chong, berkata tiada asas guaman bagi permohonan Iskandar.



Pihak mahkamah menambah ia tidak mempunyai kuasa membenarkan litigan masuk campur dalam perbicaraan yang tiada kena-mengena hanya kerana mereka mempunyai kepentingan dalam butiran guaman yang dibentangkan dalam kes itu.



"Jika dibuat sebaliknya akan membuka ruang secara tiba-tiba bagi kecenderungan litigan membuat tuntutan, sebagai butiran guaman yang ditutupi dalam hampir apa jua kes yang mungkin akan menjejas keputusan yang dibuat ke atas kes lain," jelas mahkamah.



Ia juga mengambil kira bahawa berbeza daripada apa yang dikemukakan Iskandar, usahanya masuk campur bukan sampingan atau menyokong permohonan Teo. Dua kes melibatkan Iskandar dan Teo "secara fakta berbeza dan tiada kaitan langsung".



Bagi membenarkan niat Iskandar masuk campur sama seperti membenarkan seorang pesalah yang sudah berulang kali merayu bagi hukuman yang ditetapkan buatnya diringankan memintas ketetapan tegas yang dikenakan bagi semakan permohonan, tambah mahkamah lagi.



Ia menambah tidak ada mekanisme perundangan atau duluan yang membolehkan satu pihak walau yang berkaitan untuk masuk campur dalam perbicaraan kes jenayah lain kecuali di atas kuasa Peguam Negara melakukannya dalam sesi dakwaan privet.



Mahkamah menjelaskan lagi bahawa usaha masuk campur dalam kes perbicaraan jenayah boleh membawa pada "ikhtiar yang tidak berhasil" dan terdedah pada penyalahgunaan.



Meskipun seseorang itu masuk campur dalam perbicaraan jenayah lain, hasilnya tidak menentukan liabiliti jenayah pihak yang masuk campur.



Dalam hal yang jarang berlaku apabila pihak yang dikatakan bersubahat tidak dibicarakan bersama, respons yang wajar adalah memohon bagi pihak yang dituduh agar dibicarakan bersama daripada berusaha untuk masuk campur, kata mahkamah lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >