MESKIPUN berpeluang melihat dunia sebagai pramugari, namun jauh di lubuk hati Cik Nurshirah Adnan tersimpan hasrat mahu mendidik jiwa-jiwa muda nilai positif menerusi seni lukisan - bakat terpendamnya sejak di bangku sekolah lagi.
Justeru beliau sanggup meninggalkan kerjayanya di awan biru untuk kembali ke 'bilik darjah' dengan mengikuti kursus diploma di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sebagai persiapan untuk menjadi seorang guru seni lukis.