Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas presiden persatuan floorball hadapi 14 tuduhan, termasuk pecah amanah

Jul 27, 2018 | 05:30 AM



MANTAN Presiden Persatuan Floorball Singapura (SFA), Sani Mohamed Salim, didakwa di mahkamah semalam atas 14 tuduhan termasuk pecah amanah dan memalsukan cek.



Sani, 51 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 Februari 2014 dengan 9 Mei 2016.



Daripada 14 tuduhan tersebut, dua melibatkan Sani menggelapkan sebanyak $81,860 wang yang merupakan bayaran kepada SFA bagi acara Liga Floorball Singapura.



Menurut kertas pertuduhan yang diperolehi Berita Harian, dia melakukan demikian dua kali.



Antara 11 Februari dengan 14 November 2014, dia didakwa menggelapkan $20,090.



Antara 17 Mac 2015 dengan 14 Mac 2016 pula, dia didakwa menggelapkan $61,770.



Dia turut menghadapi tuduhan bersubahat dengan seorang individu untuk melakukan pecah amanah melibatkan $6,000 yang dipertanggungjawabkan ke atas individu tersebut.



Menurut kertas pertuduhan, Sani sengaja membantu individu itu untuk memindahkan wang sebanyak $6,000 itu kepadanya secara tidak jujur pada atau sekitar 27 Ogos 2015.



Baki 11 tuduhan pula melibatkannya memalsukan 11 cek tunai melibatkan $58,200 secara keseluruhan.



Sani melakukan demikian selama kurang setahun antara 7 September 2015 dengan 9 Mei 2016.



Pada atau sekitar 7 September 2015, kertas pertuduhan menyatakan bahawa Sani memalsukan cek tunai OCBC bernilai $8,000.



Dia didakwa menandatangani cek tersebut secara tidak jujur, dengan niat menyebabkan cek itu dipercayai ditandatangani oleh seorang lagi individu lain.



Dia melakukan perkara serupa bagi 10 cek tunai OCBC lain.



Kesnya akan didengar lagi di mahkamah pada 23 Ogos.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda bagi setiap tuduhan pecah amanah.



Jika didapati bersalah memalsukan cek itu pula, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda bagi setiap tuduhan.



Pada Mei 2016, Sport Singapore (SportSG) mengumumkan bahawa mereka telah membuat laporan polis ke atas Sani yang disyaki menyalahgunakan dana milik SFA ketika itu.



Sani juga merupakan bekas pemain hoki nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >