Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas Presiden Zimbabwe Robert Mugabe meninggal pada usia 95 tahun di Singapura

Sep 06, 2019 | 08:43 PM



HARARE / SINGAPURA - Bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, kata Presiden Emmerson Mnangagwa malalui akaun Twitter resminya pada hari Jumaat (6 Sept).



"Dengan rasa sangat sedih, saya umumkan, pengasas Zimbabwe dan bekas Presiden, (Komrad) Robert Mugabe telah meninggal dunia," tulis beliau.



"(Komrad) Mugabe adalah ikon pembebasan, seorang yang telah memperjuangkan nasib seluruh Afrika dan telah mendedikasikan hidupnya kepada pembebasan dan pemberdayaan umatnya. Sumbangannya terhadap sejarah bangsa dan benua (Afrika) kita tidak akan dilupakan."



Bekas Presiden Zimbabwe, Mugabe menghidapi keadaan kesihatan yang teruk, dan selepas kejatuhannya yang terhina dari pejabat, staminanya merosot dengan cepat. Beliau dirawat di Singapura selama beberapa bulan akibat penyakit yang tidak didedahkan, menurut Presiden Mnangagwa, awal tahun ini.



Tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai keadaan kematiannya, atau di mana beliau meninggal dunia.



Menurut laporan Reuters, beliau dipercayai meninggal dunia di Singapura kerana beliau menerima rawatan untuk penyakitnya sejak April di sini. 



Apabila The Straits Times (ST) melawati Hospital Gleneagles, di mana Encik Mugabe dipercayai menerima rawatannya, sebuah van yang dimiliki oleh Singapore Casket dilihat berhampiran dengan mayat yang diiringi oleh beberapa orang, termasuk seorang lelaki yang berpakaian gelap yang mempunyai pin bendera Zimbabwe yang disematkan pada sutnya.



Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap dari Parkway Pantai, yang memiliki Hospital Gleneagles, menyatakan ucapan takziah kepada Encik Mugabe dan keluarganya.



"Kami tidak dapat berkongsi maklumat lanjut, (kami ingin) menghormati privasi Encik Mugabe dan keluarganya," kata jurucakap tersebut, mengarahkan wartawan ke Kedutaan Zimbabwe.



Encik Mugabe, yang merupakan presiden pasca kemerdekaan pertama negara Afrika, memerintah hampir empat dekad sehingga beliau digulingkan pada 2017.



Banyak ucapan penghormatan kepada bekas pemimpin gerila yang menjadi presiden itu diberi kepadanya.



Mantan Menteri Informasi Zimbabwe, Jonathan Moyo, sekutu Mugabe, menulis di Twitter, "awan gelap telah menyelimuti Zimbabwe." 



Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta berkata Encik Mugabe berkhidmat kepada negaranya "dengan komitmen dan dedikasi. 



Negara China memuji beliau sebagai "pemimpin pergerakan kebebasan nasional dan ahli politik yang cemerlang."



Namun, Encik Mugabe juga dilihat sebagai pemimpin yang melenyapkan semua pembangkang politiknya serta dasar awam yang telah menghancurkan ekonomi Zimbabwe.



Beliau adalah seorang tahanan politik yang bertukar menjadi pemimpin gerila yang telah memenangi pilihan raya Zimbabwe pada 1980, selepas pemberontakan dan sekatan ekonomi yang semakin meningkat memaksa pemerintah Rhodesia ke meja rundingan.



Sewaktu berkhidmat, beliau pada mulanya memenangi pujian antarabangsa untuk dasar yang diisytiharkan sebagai menggalak perdamaian perkauman serta melanjutkan sistem pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada majoriti para penduduk berkulit hitam.



Tetapi pencapaian itu terus pudar apabila beliau melaksanakan kempen bertujuan membanteras veteran perang yang boleh mengancam pemerintahannya. Kempen itu dikenali sebagai Gukurahundi dan telah mengorbankan kira-kira 20,000 seterunya.



Kempen itu juga melancarkan dasar pembaharuan tanah yang merosakkan sektor pertanian dan telah menyebabkan pelabur asing menjauhkan diri. 



Oleh kerana itu Encik Mugabe dilihat sebagai telah menjatuhkan Zimbabwe ke arah kesengsaraan ekonomi.



Selepas beliau semakin tua dan berkelihatan sakit, topik mengenai pergantiannya setelah beliau meninggal, yang merupakan suatu tabu sewaktu beliau berkuasa, diwujud kembali oleh golongan elit di negara itu.



Pasukan tentera akhirnya campur tangan untuk memastikan bahawa cita-cita Encik Mugabe melantik isteri keduanya bernama Grace, berakhir dengan memihak kepada calon pilihan mereka sendiri, Encik Mnangagwa, Naib Presiden Mugabe.



Encik Mnangagwa mengambil alih pada November 2017 dalam pilihan raya yang sangat dipertikaikan pada Julai tahun lalu. 



"(Encik) Mugabe meninggalkan warisan yang berbelah bahagi ," kata seorang akademik dan penganalisis bebas Zimbabwe, Austin Chakaodza kepada AFP pada hari Jumaat.



"Dia pembebas negara ini yang turut juga menjadi pemusnahnya pada tahun-tahun kemudian.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >