Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

RENCANA

Bekas saintis A*Star terajui MTFA

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



DARIPADA seorang saintis barah kepada menjadi seorang pekerja sosial.



Demikian laluan yang direntasi Dr Abdul Qader Al-aidaroos demi mengejar cintanya terhadap kerja-kerja kemasyarakatan.



Bila peluang tersebut muncul di Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA), Dr Qader meningalkan tugas penyelidikan sepenuh masanya di Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) selama 11 tahun untuk menyahut cabaran menjadi Pengarah Eksekutif sepenuh masa MTFA pada 2019.



Menurutnya kerja sosial sentiasa mengalir dalam nalurinya, jadi "bila peluang itu datang, saya dakapinya," kata Dr Qader, 38 tahun, dalam satu wawancara bersama Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Menceritakan laluan kerjayanya itu, Dr Qader berkata beliau menamatkan program doktor falsafahnya (PhD) selama empat tahun dalam bidang Biologi Barah di Institut Biologi Molekular dan Sel (IMCB) di bawah A*Star pada 2012.



Beliau kemudian bertugas sepenuh masa sebagai Zamil Penyelidik IMCB tambahan lagi lebih tujuh tahun.



BH sebelum ini pernah melaporkan Dr Qader merupakan penerima biasiswa A*Star dalam bidang sains di Unversiti Teknologi Nanyang (NTU).



Laporan CNA pada Ogos 2019 pula menyatakan beliau antara anggota pasukan saintis Singapura yang telah menemukan ubat antibodi baru berpotensi untuk digunakan sebagai alternatif bagi kemoterapi dalam merawat barah.



Menurut Dr Qader, beliau dipilih dalam Majlis Pengurusan MTFA dan berkhidmat sebagai sukarelawan majlis itu selama lebih empat tahun sebelum menjadi pengarah eksekutifnya sepenuh masa pada September 2019.



Ditanya tentang pengalamannya sebagai saintis yang dapat dimanfaatkan di MTFA, Dr Qader berkata kerja-kerja penyelidikan telah membolehkan beliau mengasah beberapa kemahiran penting dalam bidang seperti pemikiran kritikal, menghurai masalah, komunikasi awam, pengurusan projek dan perbelanjaan.



Pengalaman ini membantu beliau menjalankan tugasnya mengurus pelbagai program MTFA bersama kakitangan badan tersebut.



"Sememangnya, saya sentiasa mencari peluang untuk mengongsi kemahiran dan pengalaman relevan dengan mereka (kakitangan MTFA), demi memberi inspirasi kepada pertumbuhan peribadi mereka," kata Dr Qader.



Diminta mengulas sekiranya masyarakat Melayu/Islam Singapura 'kehilangan' seorang saintis Muslim selepas beliau meninggalkan dunia sains itu, Dr Qader berkata semasa bertugas bersama A*Star, beliau diberkati kerana dapat bekerja secara langsung di bawah penyeliaan Profesor Zeng Qi, seorang pemimpin pemikir bidang terapi barah.



Pasukannya pula berjaya menemukan antibodi baru - penemuan yang sedang diuji di beberapa hospital di Singapura dan luar negara.



Kerja keras seperti ini, katanya, tidak pernah hilang, sebaliknya menambah kepada kemajuan yang ingin dicapai.



Walaupun beliau kini sedang berkhidmat dalam kerja-kerja kemanusian dalam cara berbeza dan secara lebih langsung, Dr Qader berkata beliau "tetap kekal berhubungan dengan sains dan terus mengongsi pandangan, idea dan keghairahan dalam pembangunan bidang penyelidikan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >