SEORANG bekas pegawai polis mengaku salah bagi 14 daripada 60 tuduhan pelbagai kesalahan di mahkamah semalam, termasuk pemalsuan dokumen dan pecah amanah.
Norazly Joihani, 33 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu antara 2009 dengan 2010 semasa berkhidmat sebagai Pegawai Penyiasat (IO) berpangkat Sarjan di Divisyen Polis Bedok.