Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas Stesen Kereta Api Tanjong Pagar dibuka kepada ramai pada Krismas

Dec 22, 2015 | 01:12 PM



BEKAS Stesen Kereta Api Tanjong Pagar yang bersejarah akan dibuka kepada orang ramai sekali lagi pada Krismas Jumaat ini (25 Disember).


Orang ramai boleh melawat stesen itu, yang diwartakan sebagai monumen negara pada April 2011, antara 9 pagi dan 6 petang.


Pengunjung digalak mengambil gambar dan melukis tanggapan mereka mengenai bangunan itu dan platform kereta api, ujar Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam satu kenyataan medua.


Ia berkata lukisan itu boleh diserah di kaunter tiket dan mungkin dipamer apabila bangunan tersebut dibuka kepada ramai pada masa depan.


Stesen itu dibuka kepada orang ramai pada hari cuti umum bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati hartanah negara.


Pembukaan terakhirnya ialah bulan lepas semasa Deepavali (Nov 10).


Pada Oktober, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mendedahkan bahagian platform stesen kereta api itu akan memberi laluan kepada pembinaan stesen bawah tanah Cantonment baru di Laluan Circle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >