TAHUKAH anda bahawa tingkat atas bekas Stesen Kereta Api Tanjong Pagar pernah menempatkan hotel dengan 34 bilik?
Ia salah satu fakta yang tidak diketahui ramai mengenai stesen yang akan dicatatkan pada dinding sebuah pameran khas pada Sabtu ini apabila bekas stesen itu sekali lagi membuka pintu kepada orang ramai sempena perayaan Deepavali, kata Penguasa Tanah Singapura (SLA) semalam.