Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas tapak sekolah di Toa Payoh diperuntuk bagi pembangunan perumahan

Jan 29, 2023 | 06:03 PM



LEBIH banyak rumah dijadual dibina di Toa Payoh, dengan sebuah pembangunan perumahan yang tinggi dijangka mengambil alih tapak sebuah sekolah yang telah dikosongkan di bahagian barat bandar tersebut.



Dalam satu saranan pindaan yang diterbitkan pada 20 Januari kepada pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) , agensi itu telah memperuntukkan semula sebuah tapak sekitar 200 meter daripada stesen MRT Caldecott daripada kegunaan pendidikan kepada kediaman.



Laman The Straits Times (ST) memetik URA sebagai berkata tapak tersebut akan mempunyai sebuah pembangunan kediaman yang tinggi.



Ia menambah bahawa penduduk pada masa akan datang dapat memanfaatkan kedudukannya yang dekat dengan kemudahan pengangkutan.



Memberikan responsnya kepada ST, seorang jurucakap URA berkata pembangunan perumahan yang dirancang akan turut melibatkan kemudahan tambah nilai seperti ruang runcit bagi memenuhi keperluan penduduk.



Lebih banyak butiran akan diumumkan apabila siap, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >