Bekas timbalan pengarah FAS dan isteri didakwa tipu badan itu $600,000, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Bekas timbalan pengarah FAS dan isteri didakwa tipu badan itu $600,000

Dec 10, 2020 | 05:30 AM

SEORANG bekas timbalan pengarah di Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan isterinya dituduh berpakat menipu badan sukan itu lebih $600,000 keseluruhannya antara 2016 dengan 2018.

Rikram Jit Singh Randhir Singh, 40 tahun, sebelum ini mengendalikan pembangunan komersial dan perniagaan di FAS sementara isterinya, Asya Kirin Kames, 33 tahun, adalah pengarah firma All Resource Network (ARN) yang menguruskan barangan sukan.

Mereka masing-masing didakwa dengan 45 tuduhan menipu semalam.

FAS ketika menjawab soalan The Straits Times berkata ia telah memecat Rikram Jit pada 7 Januari lalu.

Pasangan itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan dengan dua lagi tertuduh - Shankar Suppiah, 43 tahun, dan Pallaniappan Ravindran, 47 tahun - yang juga didakwa semalam.

Discover Malay Home Based Businesses

Shankar, yang juga merupakan pengarah di ARN, menghadapi 37 tuduhan menipu sementara Pallaniappan, pengurus syarikat penganjur acara Myriad Sports & Events (MSE), dikenakan 15 tuduhan.

Dalam satu kenyataan, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata invois daripada ARN telah diserahkan kepada FAS sebagai sebahagian daripada konspirasi yang didakwa itu.

Invois berkenaan bertujuan menyembunyikan keterlibatan Rikram Jit dengan ARN.

Justeru, FAS telah ditipu memberikan kerja kepada ARN dengan membayarnya lebih $180,000 antara 2017 dengan 2018.

Pasangan itu juga didakwa berkomplot dengan Shankar dan Palaniappan untuk mengemukakan sebut harga atau 'quotation' daripada MSE kepada FAS.

CPIB menambah: "(Ini) dengan tidak jujur menyembunyikan fakta yang dikatakan bahawa kerja pada sebut harga MSE itu akan dikendalikan ARN dan bukan MSE, dan keterlibatan (Rikram Jit) dalam ARN."

Oleh itu, FAS telah ditipu untuk memberikan kerja kepada MSE, membayarnya lebih $450,000 keseluruhannya antara 2016 dengan 2018.

Kes melibatkan keempat-empat warga Singapura itu telah ditangguhkan kepada 13 Januari depan.

Bagi setiap kesalahan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map