Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas wartawan dipenjara 18 bulan

Jun 09, 2014 | 02:19 PM



SEORANG bekas wartawan akhbar berbahasa Inggeris, The Straits Times (ST), telah dikenakan hukuman penjara 18 bulan hari ini kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang budak perempuan di bawah umur.


Eisen Teo Guan Kuan, 29 tahun, yang menghadapi tiga tuduhan, mengaku salah terlibat dalam seks mulut dengan pelajar berusia 15 tahun itu dalam kamar sebuah tandas di Fort Canning Park pada awal 2012.


Teo yang telah berumahtangga, juga mengaku mengadakan hubungan seks dengannya di flat Teo di Serangoon Avenue 1 pada 23 Jun 2012 semasa isterinya sedang membakar kuih di dapur.


Timbalan Pendakwa Raya, Cik Amanda Chong Wei-Zhen berkata, Teo, yang sebelum ini merupakan penerima biasiswa Singapore Press Holdings (SPH), merupakan seorang anggota pasukan yang menerbitkan akhbar edisi pelajar, yang antara lain menganjurkan kegiatan untuk pelajar menerusi kelab media IN Crowd.


Antara tugasnya termasuklah membimbing sekitar sedosen wartawan pelajar dalam kelab media itu.


Teo pertama kali mengenali mangsa semasa bertugas di ST pada 2011. Mangsa ketika itu berumur 14 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >