Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas wartawan mapan meninggal dunia akibat barah

May 26, 2019 | 05:30 AM



BEKAS wartawan mapan, Encik Ismail Kassim, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan Singapura dan naib presiden Gabungan Wartawan Asean, meninggal dunia akibat barah.



Beliau berusia 77 tahun.



Allahyarham Ismail, yang dikenali menerusi laporannya tentang pergolakan politik di Malaysia dan Indonesia, dan sebagai pengarang buku, meninggal dunia semalam di Hospital Besar Changi lapor The Straits Times.



Allahyarham pada mulanya bertugas sebagai guru pada awal 1990-an, tetapi melanjutkan pengajian ke Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan merangkul ijazah sarjana jurusan Sains Sosial (Sains Politik).



Beliau menyertai bidang kewartawanan pada usia 30-an tahun sebagai penulis rencana bagi akhbar harian New Nation pada 1972 sebelum berpindah ke The Straits Times (ST) pada 1982.



Bekas ketua editor ST, Encik Cheong Yip Seng, mengingati Allahyarham sebagai 'perintis' yang mempunyai minat mendalam terhadap Malaysia dan Indonesia.



"Beliau diberi kebebasan (untuk mencari berita) dan menjelajah secara kerap ke Malaysia. Beliau memupuk kenalan dalam rangkaian politik peringkat tinggi di Kuala Lumpur, dan memberi kami maklumat latar belakang yang tidak boleh diperolehi daripada agensi berita yang menjadi sumber berita utama kami," kata Encik Cheong.



Tambahnya: "Bidang kewartawanan di Singapura terhutang budi kepada Ismail."



Bekas wartawan, Encik Salim Osman, yang pernah bertugas di meja berita ST dan Berita Harian, berkata beliau dukacita apabila mendapat tahu tentang kematian Allahyarham.



Encik Salim, 67 tahun, berkata beliau bertemu Allahyarham setiap minggu dan menganggap beliau sebagai mentornya.



"Semasa kami membuat liputan politik di Malaysia dan Indonesia, beliau membenarkan saya mengekorinya dan mengajar saya tentang isu yang perlu diberi perhatian dan cara menulis tentang isu-isu itu," kata Encik Salim.



"Para editor mempercayainya dan membenarkannya pergi ke mana sahaja yang diingini, dan beliau sentiasa menyumbangkan laporan yang baik."



Melebihi keupayaannya dalam bidang kewartawanan, Encik Salim berkata Allahyarham akan dikenang sebagai seorang yang baik budi, yang selalu meluangkan masa untuk rakan kerja dan bertanyakan khabar.



"Beliau bersikap amat rendah hati dan ramah, dan sentiasa ada masa untuk berbual kosong. Saya akan amat merinduinya," kata Encik Salim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >