APABILA tamat tempoh ‘pemutus litar’, semua syarikat - termasuk syarikat yang beroperasi semula dalam dua fasa pertama pembukaan semula ekonomi negara - harus menetapkan bekerja dari rumah sebagai pilihan automatik.
Ini bermakna kakitangan yang bekerja di rumah harus terus melakukan demikian, dan hanya perlu ke pejabat sekiranya tiada alternatif lain.