SEJAK kecil, Cik Syaza Nurdiyanah Nazarrudin sering mendengar tentang betapa takutnya teman-temannya untuk ke taman kebudayaan Asia, Haw Par Villa, yang dipenuhi arca.
Namun, apabila beliau sendiri berpeluang bekerja sambil belajar di taman seluas 8.5 hektar itu, beberapa bulan lalu, banyak yang dirasakannya boleh disumbangkan bagi mewarnai taman itu.