Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dibawakan oleh Andalus

Belajar agama di alam maya tetap ada berkatnya

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



BELAJAR agama dalam kelas tidak semestinya dapat 'markah' lebih daripada kelas agama yang diadakan dalam talian.



Walaupun ada orang mempersoal keberkatan kelas agama maya, hakikatnya ialah yang menentukan pahala dan juga keberkatan usaha seseorang hanya Allah, dan yang lebih penting ialah niat seseorang itu, ujar seorang pensyarah tetap Andalus, Ustaz Muhammad Hidhir Muhammad Jamil.



Beliau berkata demikian dalam satu podcast #NoTapis terbitan Berita Harian.



Ustaz Muhammad Hidhir, yang mengendalikan kelas bagi pelajar dewasa di Andalus, berkata:



"Bila cakap tentang aspek kerohanian belajar agama, ramai yang kaitkannya dengan berkat.



"Ada yang tanya, kalau tak pergi kelas agama (secara fizikal) masih berkat tak?



"Tapi perlu fikirkan, keberkatan itu Allah yang tetapkan. Jadi, yang penting keikhlasan, niat kerana Allah, bukan kerana duit, nama atau pujian orang," katanya.



Namun, beliau menekankan walaupun majlis ilmu diadakan dalam talian, masih ada adab yang perlu dipatuhi.



Ini termasuk adab terhadap guru dan pelajar lain serta beramal dengan ilmu yang dipelajari.



Ustaz Muhammad Hidhir juga akur bahawa penyesuaian terhadap pembelajaran dalam talian mungkin lebih mudah bagi sesetengah orang berbanding yang lain.



Namun, beliau tabik usaha pelajar yang berusaha menyesuaikan diri terhadap perubahan tersebut, terutama sekali pelajar lebih lanjut usia.



Seorang pelajar kursus Diploma Pengajian Islam (DPI) di Andalus, Encik Effendi Rawi, berkata antara kebaikan pembelajaran agama dalam talian ialah fleksibiliti bagi pelajar mengaturkan masa, mengikut keselesaan sendiri.



Bagaimanapun, Encik Effendi, 59 tahun, berkata beliau lebih gemar hadir secara fizikal untuk bertemu guru-guru.



Sementara itu, beliau turut berkongsi dorongannya untuk mendalami pembelajaran agama pada usia lebih lanjut.



"Saya kagum terhadap asatizah yang saya jumpa; akhlak baik, ilmu tinggi, saya pun selesa berbual dengan mereka.



"Untuk itu, pada pendapat saya mereka merupakan contoh yang baik untuk kita ikuti dan juga dekati."



Dengarkan podcast penuh itu dalam pelbagai wadah dalam talian, termasuk di Spotify, Google dan Apple.



Podcast dibawakan oleh Andalus, Cordova dan Al-Zuhri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >