Belajar artifak Melayu melalui aplikasi permainan bergerak
Lebih 20 warisan sejak abad ke-14 dipapar dalam wadah yang dilancar Yayasan Warisan Melayu
Feb 21, 2015 | 05:30 AM
ORANG ramai kini boleh mempelajari tentang artifak Melayu dari abad ke-14 dengan cara yang menyeronokkan melalui satu aplikasi permainan bergerak, Warisan Enigma.
Permainan itu memaparkan lebih 20 artifak daripada koleksi di Taman Warisan Melayu (MHC), Muzium Tamadun Asia (ACM) dan Muzium Negara Singapura (NMS).