Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z: Dua anak muda bercita-cita besar sumbang semula kepada masyarakat

Belajar bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga kerana 'berguna, bermakna'

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



Mereka meminati bidang yang berbeza - yang seorang minat bidang perubatan manakala seorang lagi minat bidang seni bina. Malah, dua anak muda ini berharap dapat memberikan sumbangan yang dapat meninggalkan kesan kepada masyarakat pada masa akan datang. BERITA HARIAN menyorot kisah dua orang anak muda serta pencapaian mereka baru-baru ini.




BERCITA-CITA menceburi bidang perubatan sebagai kerjayanya kelak, bekas pelajar Sekolah Tinggi Chung Cheng (Main), Chloe Goh Yen Lu, mendapati bahawa penting baginya untuk mampu berkomunikasi dan menjalinkan hubungan baik bersama pesakit berbilang bangsa.



Justeru, itulah yang menjadi antara faktor yang mendorong beliau mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di sekolah, di samping bahasa ibundanya iaitu bahasa Cina.



Cinta dan bakatnya dalam menguasai bahasa jelas terserlah dalam keputusan GCE peringkat 'O' baru-baru ini di mana beliau mendapat gred A1 bagi bahasa Inggeris, Cina dan Melayu.



Malah, Chloe turut cemerlang dalam subjeknya yang lain - beliau mencapai gred A bagi kesemuanya.



Gadis berusia 16 tahun yang petah berbicara bahasa Melayu sepanjang wawancara bersama Berita Harian (BH) itu berkata beliau mahu menyumbang semula kepada masyarakat menerusi bidang perubatan.



"Dengan mempelajari bahasa Melayu, amat bermanfaat bagi saya sekiranya saya menjadi doktor, contohnya, saya boleh menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang kaum, dan ini boleh menjadikan kami lebih mesra," ujarnya.



Chloe sudah mula berjinak-jinak menggunakan bahasa Melayu di sekolah rendah lagi apabila menghadiri kelas pengayaan Bahasa Melayu Pertuturan selepas waktu sekolah.



Apabila melangkah ke sekolah menengah pula, dia mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga menerusi subjek Bahasa Melayu (Program Khas) atau M(SP).



"Oleh sebab sekolah menengah saya merupakan sekolah SAP (Rancangan Bantuan Khas), saya tidak ada banyak peluang untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang berbangsa Melayu. Oleh itu saya amat berminat untuk belajar bahasa ketiga itu," katanya yang juga penerima biasiswa Program Elektif Bahasa Cina (CLEP).



Anak sulung dalam keluarga tiga adik-beradik itu, berkata ibu bapanya menggalakkannya mengambil bahasa ketiga dan memberikan sokongan kepadanya kerana mempelajari bahasa lain adalah "berguna dan bermakna".



Menurut Chloe, dia memastikan dapat menggunakan ketiga-tiga bahasa setiap hari. Contohnya, bahasa Mandarin digunakan bersama keluarga sementara bahasa Melayu diamalkan bersama rakan-rakan yang turut mempelajari bahasa Melayu.



Di sekolah, guru bahasa Melayunya, Cik Khairunnisa Yahya, memainkan peranan dalam memastikan kelas menarik.



Gurunya akan menggunakan video, berkongsi pengalaman, dan juga memainkan video drama Melayu supaya mereka boleh menguasai bahasa tersebut, kata Chloe.



- Bahasa dan budaya tidak dapat dipisahkan. 



Beliau telah melibatkan diri dalam beberapa acara kebudayaan bersama sebuah madrasah yang bekerjasama dengan sekolahnya.



Contohnya, beliau menyertai majlis iftar di Madrasah Al Ma'arif sewaktu bulan Ramadan, dan setibanya waktu Festival Pertengahan Musim Gugur dan Tahun Baru Cina pula, Chloe menjadi tuan rumah kepada rakan-rakannya dari Madrasah Wak Tanjong dan Madrasah Al Ma'arif apabila mereka mengunjungi sekolahnya.



Oleh sebab kemampuannya menguasai tiga bahasa, Chloe menerbitkan filem tentang seni minum teh Cina dalam bahasa Melayu untuk mendekati pelajar-pelajar Madrasah Al-Ma'arif.



Untuk menggalakan orang ramai agar mempelajari bahasa lain, Chloe berkata:



"Singapura negara yang berbilang kaum, dan kita mesti berusaha untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam masyarakat. Dengan mempelajari bahasa lain, kita juga mempelajari tentang budaya dan tradisi mereka, kita boleh berinteraksi dan menghormati budaya mereka. Ini sangat penting untuk Singapura.



"Jangan belajar bahasa sebagai subjek tetapi sebagai kemahiran yang sangat berguna dan berharga untuk digunakan setiap hari."




"Singapura negara yang berbilang kaum, dan kita mesti berusaha untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam masyarakat. Dengan mempelajari bahasa lain, kita juga mempelajari tentang budaya dan tradisi mereka, kita boleh berinteraksi dan menghormati budaya mereka. Ini sangat penting untuk Singapura. Jangan belajar bahasa sebagai subjek tetapi sebagai kemahiran yang sangat berguna dan berharga untuk digunakan setiap hari."
- Chloe Goh Yen Lu, yang lulus cemerlang dalam peperiksaan GCE 'O' yang diumumkan minggu lalu termasuk gred A1 bagi bahasa Inggeris, Cina dan Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >