Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belajar resipi baru di bawah program Masak Masak

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



CIK Munaliza Mohd Ali suka mencuba pelbagai resipi baru untuk hasilkan hidangan yang lebih sihat untuk keluarganya.



Lantas Cik Munaliza berasa ghairah apabila dipilih sebagai satu daripada sepuluh benefisiari yang dijemput menyertai program Masak Masak yang dianjurkan oleh The Food Bank Singapura (FBSG).



Hampir 20 lagi orang pula menyertai acara tersebut dalam talian melalui Zoom.



Program ini bertujuan memperkasakan golongan yang berpendapatan rendah untuk memasak makanan yang berkhasiat dan sihat.



Para benefisiari semalam mempelajari dua resipi - ikan kukus dengan bokchoy dan sos hijau dan salad tuna dan nasi - dengan menggunakan bahan yang ditaja oleh penderma di bawah bimbingan cef, Victor Loy.



Cik Munaliza, 44 tahun berkata resipi yang diajar agak mudah dan boleh diubah mengikuti cita rasa.



"Sebelum datang, saya rasa ghairah kerana ini pertama kali saya menghadiri acara demo masakan. Secara am, di rumah boleh katakan, saya dan anak-anak saya sering memasak makanan yang berkhasiat.



"Semasa acara tersebut, saya dapat lihat bahan asas yang kita sering mempunyai di rumah dan bagaimana kita dapat bereksperimen untuk menyediakan makanan yang sihat dan unik," kata ibu kepada 10 orang anak itu.



Turut menghadiri pelancaran tersebut adalah Mayor CDC North West, Encik Alex Yam dan pengasas bersama FBSG, Cik Nichol Ng.



Menurut Cik Ng, matlamat FBSG adalah untuk mengajar benefisiari menyediakan satu atau dua hidangan berlainan dengan habuan makanan yang mereka sering menerima.



"Melalui program ini, kita ingin menunjukkan kepada mereka bahawa memasak itu sebenarnya mudah dan tidak semestinya rumit," katanya.



"Resipi-resipi yang kita akan tampilkan boleh disediakan dengan bahan-bahan yang mereka sering dapat daripada habuan makanan yang diterima," tambahnya.



Buat sementara ini, FBSG berharap dapat mengadakan program ini secara hibrid sebulan sekali.



Mengalu-alukan inisiatif ini Encik Yam berkata FBSG memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah keselamatan makanan.



"FBSG melihat bagaimana mereka dapat menyelesaikan isu keselamatan makanan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



"Ini adalah nilai yang selaras dengan apa yang kita ingin lakukan di CDC North West," jelasnya.



"Dengan resipi-resipi ini, ramai keluarga dapat mempelajari pemakanan yang secukupnya bukan untuk diri mereka tetapi juga untuk keluarga dalam masa akan datang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >