Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belajar semula di SP tingkat kemahiran pengangkutan

Aug 15, 2019 | 05:30 AM



MINAT yang mendalam terhadap segala apa yang berkaitan dengan pengangkutan sudah tersemai dalam diri Encik Luqman Nur Hakim Rosman sejak beliau di bangku sekolah lagi.



Minat yang tersemai itu semakin membara semasa beliau mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Singapura (SP) setelah lulus dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada 2009.



Namun, dek masalah kewangan keluarga yang dihadapi ketika itu, Encik Luqman terpaksa berhenti belajar di SP dan membantu keluarganya.



Hampir sedekad kemudian, jejaka berusia 28 tahun itu kini, menjejakkan kaki semula ke alma mater beliau dalam usahanya menggenggam diploma, hasil tawaran dan peluang yang diberikan syarikat tempat beliau bertugas, SMRT Corporation.



"Dari masa saya di SP, saya memang minat mempelajari tentang semua bahagian mekanikal dalam mana-mana pengangkutan, tidak kira kapal terbang, kereta atau kereta api.



"Semasa NS (Perkhidmatan Negara) pun saya banyak lakukan perkara sama sebab di SCDF (Pasukan Pertahanan Awam Singapura) kami gunakan banyak peralatan yang ada kena-mengena dengan pengangkutan.



"Itu yang membuat saya 'terpaut' dengan apa jua yang berkaitan dengan pengangkutan," cerita Encik Luqman ketika ditemui di Depot Changi SMRT di Koh Sek Lim Road.



Pegawai teknikal itu menyertai SMRT pada 2017 selepas menyertai Kolej Latihan Pengangkutan Udara "kerana selepas belajar tentang kapal terbang, saya nak belajar tentang kereta api pula".



"Pada masa itu, ada banyak berita tentang SMRT jadi saya fikir mengapa tidak sahut cabaran ini. Jadi saya pun sertai mereka," katanya.



Kurang setahun dalam pekerjaan tersebut, salah seorang pengurusnya menawarkan peluang mengikuti Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture di mana SMRT bekerjasama dengan SP untuk membangunkan kepakaran kejuruteraan pekerjanya.



Encik Luqman merupakan salah seorang daripada 11 orang yang dipilih mengikuti program tersebut.



Ia merupakan program latihan 18 bulan di mana peserta menerima Sijil Tenaga Kerja Singapura dalam Kejuruteraan Sistem Gerak Cepat.



Berbekalkan sijil yang beliau terima itu, Encik Luqman kini melanjutkan pelajarannya selama setahun bagi meraih Diploma dalam Gerak Cepat dari SP.



Ia dibiayai majikannya.



"Ini merupakan peluang untuk kita belajar dan tingkatkan diri, untuk dapat diploma dan sijil SkillsFuture dan pada masa yang sama tetap menerima bayaran daripada syarikat," ujarnya, yang masih bujang.



Menurut Encik Luqman, beliau akan terus ke SP bagi kelasnya yang bermula dari 6.30 petang hingga 10.45 malam sebaik sahaja selesai syif paginya pada 5 petang.



Ini dilakukan sekitar tiga kali seminggu.



Ditanya adakah pengalaman belajar sambil bekerja sesuatu yang sukar atau penat baginya, dengan pantas beliau menjawab:



"Penat, mesti penat! Susah juga bagi saya sebab perlu belajar balik semua perkara selepas bertahun tak belajar, ia merupakan proses yang mencabar tapi kita harus tetap cekal.



"Lagipun penting untuk kita ikuti program sebegini... terutama bagi generasi saya.



"Apa tidaknya, orang semua nak pertingkatkan diri, jadi kita generasi muda mesti turut belajar lebih agar dapat berikan khidmat lebih baik dan bermutu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >