Belanda mahu jadi ekonomi pusingan, guna semula bahan mentah 30 tahun mendatang, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Setempat0

EKONOMI PUSINGAN

Belanda mahu jadi ekonomi pusingan, guna semula bahan mentah 30 tahun mendatang

Dec 11, 2018 | 05:30 AM

MENJELANG 2050, atau pada sekitar 30 tahun akan datang, ekonomi Belanda mempunyai matlamat menjadi ekonomi pusingan, atau circular economy, iaitu menggunakan bahan mentah yang boleh digunakan semula sepenuhnya.

Konsep ini lebih daripada sekadar 3R - 'Reduce, Reuse and Recycle' (Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula dan Kitar Semula) - tetapi menggunakan sesuatu bahan seberapa banyak kali mungkin bagi memastikan kemampanan jangka panjang.

Hasilnya, sampah boleh diubah menjadi kegiatan ekonomi dan mewujudkan peluang baru.

Di bahagian utara Amsterdam misalnya, sekumpulan jurubina, jurulandskap, pakar kemampanan dan usahawan telah mengubah sebidang tapak tanah yang tercemar - limbungan kapal yang beroperasi selama 80 tahun sebelum ditutup pada 2000 - menjadi sebuah ruang yang antara lain merangkumi pejabat, studio, kafe dan tempat penginapan yang dinamakan De Ceuvel.

De Ceuvel membuka pintunya kepada orang ramai empat tahun lalu.

Discover Malay Home Based Businesses

Kumpulan yang membangunkan semula limbungan kapal ini menyuntik nafas baru kepadanya antara lain dengan mengubah sampan lama menjadi tempat duduk sementara rumah bot lama diperoleh dengan dijadikan pejabat, studio dan sebagainya.

Syarikat perundingan yang bertanggungjawab membangun, mengkaji dan melaksana pelan kemampanan keseluruhan De Ceuvel ialah Metabolic.

Menurut konsultan kemampanan syarikat itu, Cik Tamara Streefland, mereka mendapatkan rumah bot itu daripada orang yang pernah tinggal di situ.

"Mereka ingin membuang rumah bot itu tetapi di Belanda, mereka perlu membayar kos yang tinggi untuk menghapuskannya, jadi mereka berikannya kepada kami.

"Rumah bot ini kemudian diubah suai agar sesuai digunakan semula," ujarnya.

Kesemua rumah bot yang menempatkan penyewa itu dihubungkan oleh laluan kayu yang dibina lebih tinggi daripada tanah yang tercemar di kawasan itu.

Sementara itu, tumbuh-tumbuhan yang berupaya membersihkan tanah yang tercemar itu dengan meresap bahan cemar turut ditanam di sekitar kawasan tersebut.

Selain itu, De Ceuvel turut memaparkan pelbagai teknologi bersih seperti lebih 150 panel suria yang dilengkapkam pada rumah bot di kawasan itu.

Panel suria itu dapat menghasilkan 36,000 kilowatt-jam (kwh) tenaga setahun, yang mencukupi untuk memenuhi permintaan elektrik bagi sistem pemanasan pejabat di sana.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map