Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanja sakan, meriah Lebaran

Pasar Geylang, Joo Chiat Complex dan Tanjong Katong Complex dibanjiri pelanggan
May 02, 2022 | 05:30 AM



MEMBELI-BELAH di Geylang Serai menjelang Aidilfitri kali ini membawa pengertian berbeza bagi Encik Haziq Zulkepli, 26 tahun, dan ayahnya Encik Zulkepli Sidek, 58 tahun.



Ini kerana, setelah bergantung pada ibunya untuk menyiapkan juadah Hari Raya sejak sekian lama, kali ini 'giliran' beliau dan ayahnya pula pergi ke pasar dan kemudian memasak di dapur.



Ini kerana, wanita dalam hidup mereka itu telah meninggal dunia pada 2020 - akibat penyakit kencing manis.



"Selalunya mak yang masak, tapi dalam dua tahun ini, kami dah belajar resipi beliau, jadi kami adik- beradik dengan ayah masaklah.



"Dah dua tahun kami tak sambut kerana Covid... kali ini kami boleh sambut tanpa banyak sekatan. Jadi malam Raya nanti, kami nak masak yang biasalah; kuah lodeh, rendang, ayam merah, sambal goreng pengantin," kata anak sulung dalam keluarga empat beradik itu.



Pasangan anak dan ayah itu antara orang ramai yang membanjiri Pasar Geylang Serai dan juga pusat beli-belah sekitaran kawasan itu sepanjang hari semalam.



Keadaan di kawasan berkenaan, termasuk pasar basah di aras satu Pasar Geylang Serai, kelihatan sangat sibuk dengan pelanggan berasak-asak di lorong-lorong kecil pasar itu.



Mereka yang ditemui Berita Harian berkata kenaikan harga bagi hampir kesemua barangan keperluan Hari Raya tidak menjejas semangat menyambut Hari Raya.



"Sejak minggu lalu, dari 6 pagi hingga 9 malam kami sibuk," kata Cik Iffa Mohamed Idris, 26 tahun, pengendali gerai N.n Coconut generasi ketiga di Pasar Geylang Serai.



Misalnya, beliau memberitahu, hampir semua stok kelapa dan ubi parut, nenas dan lain-lain lagi sayur-sayuran - bahan utama masakan lauk Raya - hampir habis dijual seawal 9 pagi.



Seorang pelanggan, Cik Rosnah Mohamed, 63 tahun pula, berkongsi bahawa beliau membelanjakan sekitar $300 untuk membeli bahan- bahan masakan Hari Raya semalam.



"Harga naik nak buat macam mana kan, sebab Raya tetap Raya," katanya.



Selain di pasar, pekedai di pusat-pusat beli belah juga gembira dengan sambutan, meskipun berdepan dengan cabaran.



Encik Mohamed Ashraf, pemilik Achaboy Kurta, di Joo Chiat Complex, berkata pendapatannya naik sekurang-kurangnya 15 peratus berbanding tahun lalu. Jumlahnya akan lebih tinggi jika tidak kerana kos perniagaan yang meningkat.



"Ada terjejas sedikit kos kami, tapi kami tak naikkan harga dan kami pastikan kurta kami kekal berpatutan untuk pelanggan kami," kata Encik Asyraff, yang menjual produknya antara $39 hingga $95.



Encik Izzwan Suhudi, 32 tahun, yang ditemui di Tanjong Katong Complex, pula berkata beliau 'turun' pada saat-saat akhir untuk melihat sama ada boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik.



Beliau dan isterinya, Cik Tengku Aizura Tuan Abdul Rahim, 29 tahun, telah membeli pokok palsu, hiasan rumah dan baju Raya untuk anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.



"Tahun ini kita all-out," kata Encik Izzwan, yang bekerja dalam sektor pengangkutan awam.



"Sudah dua tahun kami tak dapat sambut Hari Raya macam dahulu, jadi kali ini dengan kami diberi peluang menyambutnya dengan meriah, kami tak terfikir sangat lah tentang kos. Tapi tetap kami dah bajetlah untuk belanja barang Hari Raya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >