Belanjawan 2015: Skim Kredit Pekerjaan dilanjut ke 2017, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Belanjawan 2015: Skim Kredit Pekerjaan dilanjut ke 2017

Feb 23, 2015 | 05:29 PM

PEMERINTAH akan melanjutkan Skim Kredit Pekerjaan (WCS) yang sepatutnya tamat pada tahun ini kepada tahun 2016 dan 2017, tetapi dengan hanya separuh daripada kadar subsidi yang ditawarkan.

Langkah tersebut bertujuan untuk memberi para majikan Singapura masa yang lebih untuk menyesuaikan diri dengan pasaran buruh tempatan yang bakal diperketat melalui penyusunan semula, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Encik Tharman Shanmugaratnam dalam Kenyataan Belanjawan semalam. 

Dalam tempoh dua tahun yang akan datang, pihak pemerintah akan memadankan 20 peratus daripada kenaikan gaji yang diberi pada pekerja warga Singapura yang berpendapatan gaji bulanan sehingga $4,000 secara kasar. 

Ini kurang daripada subsidi 40 peratus yang diberikan bagi segmen gaji yang tidak berubah. 

Di samping itu, jika kenaikan gaji yang diberikan pada tahun 2015 dikekalkan pada 2016  dan 2017, para majikan akan terus menerima pembiayaan bersama pada kadar 20 peratus yang baru diperkenalkan. 

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map